Mar 3, 2011

Majlis Amanat Perkhidmatan Awam Negeri Johor



Pagi2 lagi dah exercise jalan kaki ke Persada Johor (5 minit berjalan) untuk menghadiri majlis ilmu ni..YB Menteri Besar Johor pun tak sampai2 lagi..Aku pun bosan sorang2,nak borak dgn Zamri & En Rahim kat seblah ni pun takde idea..Nak camwhore orang kata jakun lak nanti..hehe..


Aku, Encik Rahim & Zamri....SMILE!!

Perut lapar lak..jamuan lepas abis majlis..kita tunggu je la..tengok orang main gendang pun ok..
Nanti aku upload smula apa amanat yang nak disampaikan sekejap lagi. Tunggu....



update : Baru balik dari Persada..ngantuknye dengar ucapan..hehe! Tak banyak yang disampaikan oleh YB Menteri cuma apa yang dihighlightkan sepanjang ucapan beliau adalah berkenaan dengan NKRA dan MKRA Negeri Johor..Aku pun malas nak ulas sebab kang salah info naya je..Satu perkara baru yang aku dapat masa majlis adalah tentang lagu di atas.. LAGU GEMILANG NEGERI..Lagu baru tu.. gubahan/lirik sape tak taulah aku tapi rentaknya ikut lagu zapin..rasa macam nak berjoget je time kumpulan koir nyanyi lagu ni..maybe bakal dinyanyikan setiap kali program besar Negeri Johor kot..


Jarang skali aku dapat pergi majlis ilmu macam ni..ye la, majlis amanat ni kan setahun sekali, kalau ofis aku buat program pun jarang aku dapat ikut sebab big bos tak bagi aku kuar..dia suh aku jaga ofis je..mencik tau!!

Best pulak dapat update blog daripada enset ni..macam ni gayanya, dapatla aku selalu berblogging..hehe!! Tenkiu my sony ericsson!! Walaupun harga ko semurah RM400++, jasa ko seperti enpon blackberry..:)

No comments: