Feb 3, 2015

So Long Farewell Boss!!

Harini last day bos aku di pejabat..Hmm..baru setahun aku bekerja dibawah dia, tup-tup tahun ni dia bertukar ke negeri lain pulak. He's a good boss and a very humble person. Sangat-sangat berbeza dengan kebanyakan bos-bos aku yang dulu.. Wish u a very good luck boss! Jangan lupakan kami disini..

Jan 12, 2015

New Chapter...2015

Assalamualaikum..berkurunnya blog ni terabai. Alkisahnya bila password terlupa, jenuh nak mengingat balik. Alhamdulillah, masuk tahun baru 2015 berjaya jugak merungkai password blog ni. Tahun baru, kisah baru, hidup baru, banyak benda nak diceritakan tapi. The past is past. Apa yang aku harapkan blog ni menjadi diari hidup aku. Orang nak baca atau 'ter'baca, itu belakang kira.

Welcome 2015!! I'll blogging shortly..La ni takde idea nak tulis pasal apa. Siapkan kerja dulu, nanti petang-petang sikit kita update lagi.

Dec 5, 2012

Shopping online yuk!

Assalamualaikum..haish, arini rasa boring sket. Bukannya apa, kerja banyak sangat then once kerja yang penting dah siap, mulalah tak tau nak buat apa. Padahal kerja lain makin menimbun...

Sebut pasal online shopping, rata-rata individu yang ber'blogging' dan suka surfing internet mesti pernah terjebak dengan aktiviti shopping online kan? Seingat aku mula-mula aku terjebak dengan online bila aku start jadi 'emak-emak'..tau2 je la, nak beli barang-barang baby, susah betul nak cari kedai, pastu harga nak yang murah dan berbaloi. so, option terakhir semestinya shopping online, walaupun ianya amat berisiko kalau kita tak pandai nak detect online store yang mana boleh dipercayai.

1st item yang aku beli secara online adalah benda ini:



yup, bendalah ini. Breastpump.. Sebabnya dah buntu nak beli kat mana dan tak ada masa nak survey-survey menatang ni sebab memerlukan sangat. Price yang aku dapat pada masa tu adelah RM340 berbanding harga pasaran RM388. So jimat & tak menyesal beli walaupun pada mulanya rasa takut kena tipu. Beli tak ingat lak kat mana..hehe!

2) Barang-barang baby daripada www.littlewhiz.com/ Aku tak ingat pulak aku beli apa tapi macam-macam jugak la such as botol, bantal, berus, barang-barang baby dll. Aku memang suka la website ni sebab harga dia affordable dan mostly semuanya sale item. Good! Yang ni memang aku ulang beli.


 
3) Lerado rocking horse kot kalo tak silap..Aku beli preloved item kat website ape ntah tak ingat. RM85 including postage. Condition still elok dan tak rasa rugi la sebab kalau brand yang setanding dengan benda alah ni macam Fisher Price, Little Tikes etc yang brand new, maunye seekor menatang ni mencecah RM200. (Untuk brand new item).




4) Boba 3G. Price dalam RM400++..Paling mahal dalam sejarah penyopingan online. Barang-barang mahal ni bole dijadikan aset. Manalah tau nak jual balik kan.. Beli kat www.mamapanda.com/ Lagi satu aku beli kat website ni adalah benda alah dibawah ni. Beli dengan harga RM180 je, kalau kat kedai semua RM300++ ke atas.


5) Baju nursing.. 2 helai aku rembat. Harga tak ingat lak.. Kualiti bagus coz made in Korea tapi tak boleh nak pakai sangat sebab kain dia agak panas. Yelah, cuaca kat Korea mana sama dengan kat sini. Hanya boleh pakai kalau dalam aircond je. Baju ni bagus untuk nursing sebab ada zip kat bahagian dada, bila nak nursing kat public takkan mendedahkan aurat. Beli kat www.mommahouse.com/


 
 
6) last but not least yang terkini dari www.thepoplook.com/ Baju nanti-nantila reveal sebab lom sampai lagi. Harga RM54.00 including postage. Kalau dah sampai, bagus kualiti, aku bagitau camne. Ramai yang dah beli kat website ni cuma aku je baru terbukak hati nak beli kat sini.

Itu antara senarai blogshop yang aku ingat setakat ni. Kalau dikira-kira, banyak jugak yang dah dihabiskan tapi alhamdulillah tak pernah kena tipu lagi setakat ni. So you guys out there, tak salah untuk bershopping secara online tapi pastikan kedai yang korang kunjungi tu boleh dipercayai dan atleast ada buat pendaftaran syarikat.

Ok, selamat menyoping!!


Nov 19, 2012

Home Sweet Home

 
Alhamdulillah, inilah rumah kami, yang bakal kami duduki sehingga hari tua.. Ya, aku mungkin tak mampu untuk beli barang berjenama, berkereta besar mahupun pergi melancong ke luar negara. Tapi pada umur yang masih muda ni (muda lah "sangat"!!), aku ingin memiliki aset yang bernilai selain daripada keluarga iaitu sebuah rumah.
 



Perancangan nak beli rumah ni memang priority aku, target aku jika aku dapat pekerjaan tetap. Dah memang aim kami, nak beli rumah seawal-awalnya tahun 2012 dan selewat-lewatnya tahun 2014, dan alhamdulillah tuhan telah makbulkan doa aku dan suami. Kita pun dah sedia maklum, harga hartanah makin lama makin meningkat, kalau tak ada perancangan awal, tak mampu aku nak beli rumah yang lebih tinggi harganya.

Syukur, pada awalnya hanya survey-survey, tengok-tengok je pada cuti Gong Xi Fa Chai yang lalu, berkenan pulak, terus booking/letak nama dengan kos RM1k, kemudian rasa tak nak pulak sebab kos hidup meningkat, then fikir-fikir balik semula, kira-kira bajet, terus setuju, buat pinjaman perumahan, bayar legal fee, tup-tup bulan September dah dapat kunci rumah. Sooooookkkaaa sangat!!

Pas dah ada rumah ni, kena berbelanja berhemah sangat-sangat..those pada yang tak tahu, ya, aku masih lagi duk berasingan dengan suami, kena tanggung kos sewa rumah lagi..kami tawakal je pada Allah s.w.t. Moga-moga kehidupan kami sekeluarga berjalan lancar walaupun kami tidak mewah. Kami berbelanja seadanya. Baju pun takde yang baru, beg tangan apetah lagi, kasut pun tunggu putus baru beli, makan pun seadanya..tapi kami syukur, rezeki kami tak putus.

Cuma satu je harapan aku sekarang ni..Bos, bagi saya pindah pleaseeeee...huhu!!

Ok, bai!

Oct 31, 2012

How time flies....

Assalamualaikum..sorilah semua..kita tipu kata nak update kerap tapi mood sangat merudum. Tup-tup sejak 2nd January until now, baru nak update..Hihi!

Harini mood ada sikit up and down sebab sakit tekak ni makin menjadi-jadi..dari Hari Raya Aidiladha sampai la sekarang..pagi tadi pergi klinik pun tak jadi nak ambil mc sebab memikirkan kerja pun banyak dan esok sampai 5hb sistem akaun akan shut down buat sementara waktu.

My babies? alhamdulillah, si abang nampaknya dah boleh berjalan walaupun lewat. Dah nak masuk 2 tahun baru boleh berjalan dengan stabil kot..Syukur sesangat! Mana tidaknya, risau jugak, dah la bila pergi klinik mesti misi2 sibuk psycho kita "apsal anak awak tak bole berjalan lagi ni?"..Hati ibu mana yang tak risau bila perkembangan anak dia lewat dari orang lain. Now, dah lega tapi pening la pulak tengok dia berjalan ke hulu- ke hilir tak brenti-renti. Pening mak!!

kesayangan ni...gigi besau-besau!
 
 
Yang si adik pulak, alhamdulillah, dah masuk 5 bulan..makin chubby dan makin bam-bam. Membesar bagaikan johan! Inilah kebaikan breastfeeding..fully breastfeed! Harapnya bolehlah berkekalan sampai 2 tahun, tak pun kalau samapai 1 tahun pun mak dah happy sesangat.

alolo..hobi isap jari skarang
 
 
Perkara lain?? Ummm, yeah, rumah baru officially dah boleh diduduki tapi apekan daya, tak dapat pindah lagi..Ntah bila lah KP nak approve pertukaran i ni, i pun tak tau. Tension mak! Mana tidaknya, expenses makin bertambah, anak bertambah, rumah, kereta, bil, insurans, dll.. pening! Betullah kata orang, makin besar periuk, makin besar keraknya.. Kita tawakal saja pada yang Maha Satu..


Oklah, chow for now, sambung keje balik.

Jan 2, 2012

Assalamualaikum 2012

Selamat tahun baru 2012..Tahun 2011 telah melabuhkan tirainya dan meninggalkan 1001 macam kenanagan manis dan pahit bergelar isteri, ibu, anak dan pekerja..macam-macam ya dah berlaku dan setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Kalau entry-entry tahun sebelumnya, asyik nak bercerita pasal azam tahun baru je, tapi untuk tahun 2012, senang saja azam aku.

"INGIN JADI LEBIH BAIK DARI HARI SEMALAM"

Alhamdulillah, kandungan yang kedua ni telah masuk 22++ weeks..sekejap je masa berlalu, dan kali ini memang bersyukur sangat-sangat komplikasi alahan semasa mengandung tak seperti mengandung yang pertama. Maybe sebab kali ni penjagaannya lebih rapi sebab ada peneman di rumah, Adib my son and my beloved mom.. penat atau sakit macam manapun tak terasa..

Kalau tahun 2011, entry di blog cuma ada 50 entry je, so tahun ini insyaallah kita akan cuba kekalkan momentum untuk update post dengan lebih kerap lagi..korang yang membaca harap teruskan membaca, ada ilmu lebih akan dikongsikan bersama dalam blog ni..ye la, ambo tak pandai nak updat post yang besh-besh seperti kebanyakan blogger terkenal. So, sudi-sudikanla membaca ye!!

Ok, see you then..SELAMAT TAHUN BARU 2012!!

Oct 13, 2011

Reveal The Secret

waaaaahhh..memang lama tak update blog..lately, macam2 yang berlaku, macam2 dugaan, macam2 kerja nak dibuat, macam2 stress yang timbul.. tapi dalam banyak2 yang berlaku itu, pasti ada hikmahnya bukan?

Just nak bagitau ni, dah lama nak reveal tapi rasa macam "Alah, tak payah lah....lambat laun orang akan tau juga..." so aku reveal lah juga...
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v


Hehe..yeah, i'm officially preagnant again.. baru 6 weeks. Aku berharap agar kandungan ini akan membesar dengan baik dan sempurna..Hope semuanya ok dan aku tak mahu mabuk2 + loya2 melampau lagi..nehiiiiii kabinehi... Ok, lepas ini akan sentiasa berfikiran positif dan enjoy every moment.. :)

Senyum, tak perlu kata apa-apa!!!