Dec 5, 2012

Shopping online yuk!

Assalamualaikum..haish, arini rasa boring sket. Bukannya apa, kerja banyak sangat then once kerja yang penting dah siap, mulalah tak tau nak buat apa. Padahal kerja lain makin menimbun...

Sebut pasal online shopping, rata-rata individu yang ber'blogging' dan suka surfing internet mesti pernah terjebak dengan aktiviti shopping online kan? Seingat aku mula-mula aku terjebak dengan online bila aku start jadi 'emak-emak'..tau2 je la, nak beli barang-barang baby, susah betul nak cari kedai, pastu harga nak yang murah dan berbaloi. so, option terakhir semestinya shopping online, walaupun ianya amat berisiko kalau kita tak pandai nak detect online store yang mana boleh dipercayai.

1st item yang aku beli secara online adalah benda ini:



yup, bendalah ini. Breastpump.. Sebabnya dah buntu nak beli kat mana dan tak ada masa nak survey-survey menatang ni sebab memerlukan sangat. Price yang aku dapat pada masa tu adelah RM340 berbanding harga pasaran RM388. So jimat & tak menyesal beli walaupun pada mulanya rasa takut kena tipu. Beli tak ingat lak kat mana..hehe!

2) Barang-barang baby daripada www.littlewhiz.com/ Aku tak ingat pulak aku beli apa tapi macam-macam jugak la such as botol, bantal, berus, barang-barang baby dll. Aku memang suka la website ni sebab harga dia affordable dan mostly semuanya sale item. Good! Yang ni memang aku ulang beli.


 
3) Lerado rocking horse kot kalo tak silap..Aku beli preloved item kat website ape ntah tak ingat. RM85 including postage. Condition still elok dan tak rasa rugi la sebab kalau brand yang setanding dengan benda alah ni macam Fisher Price, Little Tikes etc yang brand new, maunye seekor menatang ni mencecah RM200. (Untuk brand new item).




4) Boba 3G. Price dalam RM400++..Paling mahal dalam sejarah penyopingan online. Barang-barang mahal ni bole dijadikan aset. Manalah tau nak jual balik kan.. Beli kat www.mamapanda.com/ Lagi satu aku beli kat website ni adalah benda alah dibawah ni. Beli dengan harga RM180 je, kalau kat kedai semua RM300++ ke atas.


5) Baju nursing.. 2 helai aku rembat. Harga tak ingat lak.. Kualiti bagus coz made in Korea tapi tak boleh nak pakai sangat sebab kain dia agak panas. Yelah, cuaca kat Korea mana sama dengan kat sini. Hanya boleh pakai kalau dalam aircond je. Baju ni bagus untuk nursing sebab ada zip kat bahagian dada, bila nak nursing kat public takkan mendedahkan aurat. Beli kat www.mommahouse.com/


 
 
6) last but not least yang terkini dari www.thepoplook.com/ Baju nanti-nantila reveal sebab lom sampai lagi. Harga RM54.00 including postage. Kalau dah sampai, bagus kualiti, aku bagitau camne. Ramai yang dah beli kat website ni cuma aku je baru terbukak hati nak beli kat sini.

Itu antara senarai blogshop yang aku ingat setakat ni. Kalau dikira-kira, banyak jugak yang dah dihabiskan tapi alhamdulillah tak pernah kena tipu lagi setakat ni. So you guys out there, tak salah untuk bershopping secara online tapi pastikan kedai yang korang kunjungi tu boleh dipercayai dan atleast ada buat pendaftaran syarikat.

Ok, selamat menyoping!!