Mar 25, 2011

Sila gunakan duit gaji anda

Best kan tajuk kat atas tu?hehe..aku ni dah lama btol xshopping kehendak diri..yela,slalunya aku akan dulukan keperluan anak baru aku teringat nak beli barang aku.tu pun fikir 10x baru aku beli.

Aku ni sebenarnya baru balik dari mesyuarat di kl.pe lagi,trus la ke sogo..best gila tp mak aih,ramai btol kakitangan kerajaan yg dok menghabiskan duit gaji..aku trus tuju tingkat 7 untuk redeem voucer...brapa aku dpt?


rm250 tu..kali ni trus fikir nak beli kehendak diri,xkira la,aku dah lama pendam nak bershopping..kesiau tau mak budak ni..tapi aku ni ibu&isteri mithali,aku xbeli barang aku je.barang suami dengan anak pun aku beli..

Antara barang yang aku beli:

1. Wristlet carlo rino (aku punya)
2. Kasut snowfly (pun aku punya..dah lama xpakai kasut kerja)
3. Kemeja tropicana life dan nicole untuk suami I yang terchenta (b, nak elaun bole?hehe..)
4. Baju brand hallmark dan disney untuk anak bujang I
5. Kyros kebab untuk ilangkan lapar i..(penat tau tawaf sogo ni)

baju anak bujang


wrislet i


buy these rabbit for charity...untuk SPCA


So,total investment yang menggunakan duit hari ni tak sampai rm200..(aku gunakan voucer tu sepenuhnya..) sila tepuk tangan sendiri kerana berbelanja dgn berhemah..tetiba rasa macam nak shopping lagi..haha!

Oklah,dah penat jari menaip.nak balik dah.bye-bye!

Mar 23, 2011

Adib si Drama King

Whoaa..harini dengan semalam bz menggila..tapi gagah2kan jugak update something kat blog..nak crita pasal adib la..perkembangan dia setelah usia 4 bulan ni..wah-wah, anak bujang sorang ni aku tengok dah makin drama king! Dengan atuknya kemain lagi manja…

eksyen dengan mama ye...takpe2!

Perkembangan adib sekarang:

1. Pandai dah main sorang2..tengok tu kesian dia..ye lah, sape nak melayan time aku kerja, atuknya pun kengkadang membz kat dapur..kiranya dah boleh berdikari la.dah jarang nangis2 kalo tinggal sorang2

ciannye main patung lantun sorang2..

2. Kuat mengendeng..ape je aku atau atuk dia makan, mulalah pandang sayu je..mintak suap! Kadang2 colek gak la sikit buat dia rasa mcm bubur ke, kuah ke, suka btol sampai tersengih-sengih

3. Dah pandai nangis kalau tak cukup dapat susu..nampak sangat cepat lapar macam emaknya ni..huhu

4. Kuat berbual..fuh, yang ni paling tak larat la nak layan..bersungguh2 dia mengagah kita..

5. Tak pandai meniarap lagi..kalau kita terlentangkan dia, mendengus-dengus dia kepenatan..tapi mengiring dah boleh dah..takpe kita take it slowly..perkembangan tiap baby tak sama

tak pandai lagi ni...asyik melepek je kepala kat bantal

6. Masih breastfeeding walaupun not exclusively..bukan aku tak berusaha tapi mood dia ada pasang surutnya..kadang2 dia nak, kadang2 dia tak nak langsung. Kita sebagai ibu takkan nak tengok anak kita menangis kalau taknak breastfeed..so, kena suap susu formula gak..(ibu2 yang breastfeed anak exclusively jangan kondem I ye..)

So far kesihatan adib ok je semenjak masuk spital haritu..Cuma nafas dia masih berbunyi disebabkan masalah windpipe dia too narrow..doktor dah check dan bukan asthma, so Alhamdulillah..tapi bulan 4 ni kena follow up appointment dengan pakar THT..Hope takde masalah lain..

Hish..crita pasal si bujang ni rasa nak balik rumah lak nak main dengan dia..(^_^)


Mar 22, 2011

Kau Ingat Senang Ke Pegang Title Ketua?? Meh sini buat kerja2 aku..

Ingat kalau title Penolong Pengarah lebih kepada beri arahan ke? Tak jugakkkkkk..

Semua kerja I kena buat sendiri tau..


dah check pun pasti ade salah..huhu



amboi, seriusnye mukaa..boleh blah!!

Oleh itu..sila jangan kondem ketua2 anda sebab kita tak tau ape workload kerja diorang..then bandingkan dengan kerja anda. Sama ke? Kalau kerja anda lebih banyak dari ketua anda, SILA BUKTIKAN (baru dapat APC (^_^)). Jangan asyik makan gaji buta then cakap2 belakang “alah, aku kerja penat2 pun, gaji aku banyak tu jugak…”.

Kalau semua pekerja berfikiran macam tu habislah negara kita dapat rakyat camni…So, fikir2kan cara bekerja anda. Kerja banyak atau sikit, jadi ketua atau tidak, yang penting ikhlas kerana Allah Taala.

Dah, jangan dok kondem penulisan saya ni..gi buat kerja! Hehe…

Mar 20, 2011

Muffin Cheese Hentam Sajalah..(^_^)

wooohooo...dah lama aku menghentikan xtvt hangat macam ni..xtvt fevret aku ni, ape lagi BAKING SESSION..semalam pergi Jusco dok cari bahan nak buat cheese cake tp apemendelah, banyak bahan takde..hasilnya aku ke Giant jugak harini..

So bermulalah xtvt bakar-membakar jam 4.00 ptg tadi..tapi rasa nak buat muffin lak sebab senang sket kot nak ngap..takyah potong2..mula2 sediakan bahan ye puan2..untuk membuat muffin "Hentam Sajalah" ini, sediakan bahan2 yang bermutu tinggi sebab kesedapannya gerenti terjamin walaupun hasilnya tak cantik..hehe!



-tepung cap sauh
-gula kastor
-telur gred A (takde dlm gambo - sape tak kenal telur tu camne,pendek umoooo)
-buttercup butter
-philadelphia cheese cream
-esen vanilla star brand
-baking powder royal
-hershey chocolate chips

cara2 nak buat??google sendiri la, hentam saje sebab cara2 nak buat muffin semua sama la..haha!!campak2 gitu-gini dah siap adunan, masukkan dalam baking tray pastu kita Bakooo jee (bak kata usop Hantu Kak Limah Balik Rumah)...

Hasilnya??
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v




gebu lagi menggiurkan..nyummmm!!





wallah!!! hitam itu rangup dan sedap..:)



See..dah aku kata rupanya tak sesedap rasanya..tapi percayalah, memang SETAPPPPP!! persetankan warnanya yang tak sekata tapi isinya gebu, lembut, dengan lemak2 cheese, rasa coklat hershey yang mahal..perghh...

Alhamdullillah...dah 4 ketul aku makan..tak larat weh..sape nak tolong habiskan nie..

Mar 15, 2011

Transformasi ~ 5's

Assalamualaikum... it was a busy day..dalam sibuk2 pun, sempat jugalah melakukan sedikit transformasi terhadap bilik yang tak berapa luas ni..untuk mengembalikan semula rasa ghairah (huh??!!) ~ passion untuk bekerja..(jangan fikir ghairah lain lak ye..(^_^) )
Hebat sangatkah deko-deko yang aku buat tu??
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
From this....

ni bilik ke hape?


pc aku ada 2, harap maklum...


area pameran..haha!

To this....


beza tang kipas je...:)


neat & tidy


aik, cam sama je..

Haha..macam lebih kurang sama je kan...takdelah 5's sangat...ntah brapa hari la bole bertahan macam ni..asik digasak dengan pelbagai baucer, proposal, surat, handout & sampah sarap, 5's yang aku buat akan jadi 5's :- SEMAK, SEPAH, SUMBAT, SELONGKAR & SERABUT...

Sudahkah anda melaksanakan transformasi 5's anda??

Mar 11, 2011

Kenyang Melampau

alhamdulillah..syukur kehadrat ilahi kerana memberi rezeki yang tak terhingga pada hari jumaat nie..hehe..baru balik dari Plaza KSL, shopping mall terbaru kat bandar JB..aku ngikut aje, staff aku ajak, so memandangkan takde buat ape best gak dapat pergi ke tempat baru..nak tau mana kami pergi?



ye...SEOUL GARDEN...menarik kan? harga pun boleh tahan menarik berbaloilah dengan apa yang kita makan..tagline pun "all you can eat", semuanya kalau bole aku nak bedal.. harga tengok sendiri la ye tapi apa yang kitorang makan tadi, campur service & tax RM30.15 la lebey kurang..for one person..menu yang disediakan?korean style bbq & steamboat..sedap la jugak pada tekak aku..the price include semua makanan + abc + ice cream..air kalau nak kena add on RM3.99 tapi bole ambil bebanyak kali yang korang suka..

price list dia..berbaloi-baloi!


kenyang perut, suka hati..


tu baru sikit pinggannye..sebenarnya banyak lagi!


penyudahnye, balik ofis ketiga-tiga kami muka kekenyangan + badan bau asap!! annoying btol, ni yang nak pegi lagi nie...hehe..tempat ni sesuai untuk family..tapi make sure perut tu kosong seblum pergi ek..

so, kepada warga JB, bolelah berkunjung ke Plaza KSL untuk makan kat Seoul Garden ni...tak payah pergi Korea mahupun pergi KL untuk cari tempat ni...JB pun ada maaaaa!!

enjoy!!

Mar 6, 2011

Kegemukan vs Kerisauan


Hye..bersiaran dari Permaisuri Resort, PD. Jam sekarang dah menunjukkan pukul 6.45ptg..malam nanti taklimat kursus then bole tido dalam bilik yg sejuk ni..



setapnyeeeeee.....

Tajuk xbole blah kan? hehe...Ye la,kalo pergi kursus pastinya tak sikit sebanyak berat badan akan naik..ye la,dah kata makan bufet style,harusla banyak,ye tak? Tadi memang gamble gila makan big apple donut dengan slurpp ice blended frappucino java chip sambil drive..slow motion aku bawak,takat 70-90km kat highway PD..nikmatnye..


Aku xberminat nak crita panjang pasal kursus minggu ni..hati ni dok asik teringat kat anak bujang yang demam..atuknya kata dah kebah tapi sayu hati aku masa nak pergi tadi..nasib baik si comel tu tengah mamai2 nak tido..dah lah baik je,sakit pun xnangis,tabah btul anakku sorang tu.kalau aku,blum apa2 dah meleleh airmata ni..



tengok tu, nak tido pun buat aksi saya kuat!!


Tunggu mama balik ye sayang...kejap je 4 hari, nanti kita jumpa balik...(waaaaaaaa!!!) ~ saya memang tak tabah....

Bila si anak demam..


Si ibu hati xtenteram,
Si ayah tidur2 ayam..

Alahai anak bujangku..pagi2 lg badan panas satu badan..cool feverla jadi harapan..takde lak klinik bukak pagi2 ni kat Muar. dahla hari ni nak bertolak gi kursus kat PD 4hari..risau hati mama ni tau..harap2 kebah hari ni gak.
Huhuhu....

Mar 3, 2011

Majlis Amanat Perkhidmatan Awam Negeri Johor



Pagi2 lagi dah exercise jalan kaki ke Persada Johor (5 minit berjalan) untuk menghadiri majlis ilmu ni..YB Menteri Besar Johor pun tak sampai2 lagi..Aku pun bosan sorang2,nak borak dgn Zamri & En Rahim kat seblah ni pun takde idea..Nak camwhore orang kata jakun lak nanti..hehe..


Aku, Encik Rahim & Zamri....SMILE!!

Perut lapar lak..jamuan lepas abis majlis..kita tunggu je la..tengok orang main gendang pun ok..
Nanti aku upload smula apa amanat yang nak disampaikan sekejap lagi. Tunggu....



update : Baru balik dari Persada..ngantuknye dengar ucapan..hehe! Tak banyak yang disampaikan oleh YB Menteri cuma apa yang dihighlightkan sepanjang ucapan beliau adalah berkenaan dengan NKRA dan MKRA Negeri Johor..Aku pun malas nak ulas sebab kang salah info naya je..Satu perkara baru yang aku dapat masa majlis adalah tentang lagu di atas.. LAGU GEMILANG NEGERI..Lagu baru tu.. gubahan/lirik sape tak taulah aku tapi rentaknya ikut lagu zapin..rasa macam nak berjoget je time kumpulan koir nyanyi lagu ni..maybe bakal dinyanyikan setiap kali program besar Negeri Johor kot..


Jarang skali aku dapat pergi majlis ilmu macam ni..ye la, majlis amanat ni kan setahun sekali, kalau ofis aku buat program pun jarang aku dapat ikut sebab big bos tak bagi aku kuar..dia suh aku jaga ofis je..mencik tau!!

Best pulak dapat update blog daripada enset ni..macam ni gayanya, dapatla aku selalu berblogging..hehe!! Tenkiu my sony ericsson!! Walaupun harga ko semurah RM400++, jasa ko seperti enpon blackberry..:)

Mar 2, 2011

Suamiku gediks - Photogediks contest

entry ni khas untuk PHOTOGEDIKS CONTEST by kawanku suzaina...su, aku 1st time ni join contest2 camni..harap2 adalah rezeki ye..hehe!!

gambar yang menjadi pilihan...hehe(sila scroll bawah)
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v




gambar my husband..gambar ni di ambil masa aku tengah drive dan si suami sibuk camwhoring dalam kereta guna enpon aku..banyak betul gambar macam ni tapi aku select yang ni la coz paling gedik kot..hehe! harap2 memenuhi syarat penyertaan.

nak tag sape ek? aku takde follower..huhu!

1) Ko balik la su, bole?:)
2) My fren azni (kalo dia baca, harap dia join)