Oct 24, 2010

Lamanya...!!

Dah lama sungguh aku tak update blog..rasa macam takde mood sangat2..just suka blog hopping je baca2 perkembangan terkini famous blogger dan blog kawan-kawan..lagipun tengah tunggu masa je nak meletup ni..rasa berdebar-debar menanti kelahiran si sulung...:)

Hubby pun makin rancak dengan bisnes fotografi dia..huhu..nak larang sangat dah memang minat dia so redhakan je la..lagipun untuk masa depan kami juga..just to share his quotation list pada sesiapa yang ingin dan sedang tercari-cari photographer untuk majlis bersejarah korang..after dah tengok, drop by to his
blog ok for other infos and photos..

Apr 1, 2010

APril fool!!


Salam...hehe, takde maknanya nak 'april fool'kan orang...bukan budaya kita. Bosan seh arini..betul-betul tak tahu nak buat apa.


Sedar tak sedar, entry bulan Mac cuma dua je..Nampak sangat kemalasannya..Sejak jadi mak buyung ni, makin menjadi-jadi malas. Malas nak masak, malas nak gosok baju gi kerja, malas nak basuh baju, malas nak makan..semuanya malas. Sindrom malas ni biasa ke terjadi kat perempuan yang pregnant?


Tapi aku bukan malas sesaja, tekak ni rasa tak sedap je..asyik rasa mual, nak muntah semua, padahal kandungan baru 2 bulan..Letih toksah cakap la, memanjang letih..pagi bila nak drive rasa macam melayang-layang..huhu..


Bila fikir-fikir balik, tak sangka ya aku pregnant..yela, jumpa suami pun sekali sekala, tup-tup melekat juga akhirnya..rezeki tuhan..aku bersyukur atas nikmatmu ini ya Allah..


Oklah, later peeps..

pic ni, gambo anak aku masa umo 7 minggu..serius, aku nampak itam je..hehe..harap dia akan membesar dengan sihat dan sempurna...aminnn..

Mar 29, 2010

Welcome..:)

Stress, sering rasa penat, kerap kencing...it's a hormone thingy..


/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/


rupa-rupanya;
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/




























apa maknanya tu?? hehe....
faham-faham sendirila..
it's almost 7 weeks dah..doakan diriku dapat menjaga diri sendiri dengan baik. Yela, suami jauh, kenala berdikari...huhuhu..

anyway, welcome my dear in a few months yang akan datang..:)

Mar 1, 2010

eP buat aku mengantok+letih!!

Sebenarnya i really want to post about Kursus BTN aritu tapi macam takde mood lak..nanti nak upload gambar satu hal la pulak. Nanti-nantila pasal kursus tu ye..

Harini aku sangat hebat menjadi kaunter khidmat pertanyaan..Gara-gara menyahut seruan kerajaan agar mengoptimakan penggunaan e-Perolehan sebanyak 70%, aku dan team perolehan secara rakusnya mengiklankan hampir 10 sebutharga di website e-Perolehan. Nah, hambik ko!! Ada banyak pros & cons la kalau kita nak totally laksanakan sebutharga secara e-Perolehan. Malas aku nak citer, tapi sape2 yang biasa buat benda alah nie tau la kan?

Ape yang nak aku ceritakan kat sini, sejak pagi tadi pukul 8.00 pagi, telefon bilik aku tak henti-henti berdering..bukan bilik aku aje, kejap-kejap call berdering kat workstation bilik PA, kejap2 kat unit Kewangan..adohaii..semuanya nak bercakap dengan aku.. "Hello, bole saya bercakap dengan Puan Nurzila...saya bla,bla,bla...saya nak tanya pasal eP aritu untuk sebutharga bla, bla, bla...".. Hey, diorang ni semua memang betul la menguji tahap kesabaran aku.. Pada hal, taklimat dah diberikan sehari suntuk tapi atlast tak faham2 gak..Sabo,sabo...

Sekarang dah jam 4.30 ptg, lega sket telinga ni mendengar deringan telefon..dari pagi tadi weh, nak dekat 30 panggilan aku terima..paling banyak setakat ni la..seblum2 ni ada gak yang telefon tapi harini memang bengang gila la..sebabnya esok sebutharga dah nak tutup, so masing2 baru la terkial-kial nak isi form online bagai..

Tapi bagus gak jabatan aku ni kuatkuasakan penggunaan e-Perolehan..padan muka dengan kaki-kaki ampu, kaki bodek, barua-barua tak bertauliah, pegawai-pegawai gila kuasa yang tamak...atleast kegiatan haram diorang dah berjaya aku sekat sedikit demi sedikit..nak deal dengan kerajaan elok-elok la sket..kita ada prosedur, ko ikut je la..tak payah nak guna pintu belakang bagai..kita ada pintu depan, masuk, bagi salam, kita layan la elok2..(eh, korang faham ke, aku menyindir ni..bukan cakap pasal etika masuk pejabat or rumah ye..)

Lepas buat post ni, ilang ngantuk aku..haha! Puas ati dapat luahkan ape yang terbuku walaupun sedikit...

Feb 8, 2010

Dating @ Genting

Last weekend aku, hubby and family went to Genting Highland..Lama gila tak pergi..Rasanya hampir 12tahun (masa tu Corkscrew baru launching..aku naik dengan makcik aku berdua je..)..Banyak perbezaan dulu dan sekarang..Dulu kitorang pergi kejap je balik hari, last week kitorang bermalam kat First World Hotel..1 malam cukupla, watpe lama-lama.. Dah tua-tua ni takdela teruja sangat nak main semua permainan yang ada dalam tu..yelah, kita pergi dengan mak, for sure bawak mak ke hulu hilir, takkan nak biar dia duk sensorang tunggu anak menantu main kan..Antara tempat yang kitorang sempat pergi, 1st day after check-in, kitorang masuk Ripleys Believe It or Not..Takdela best sangat kot sebab under renovation.Takde orang masuk lak tu, family kitorang je masuk..maybe sebab semua pengunjung tak perasan tempat tu masih boleh dikunjungi walaupun under renovation.
Mak excited nak pegang dua-dua ekor burung tu..si Nuri tu ganaz giler.. (gambar masa dalam Theme Park)

1st day just sempat pusing-pusing dalam kawasan hotel dengan shopping mall je..Takde rasa nak membeli sangat pun, singgah pun kedai Choco World sebab mata dah tak tahan nak membeli coklat Fidani yang super duper sedap...(Mak aku yang bayar..anak menantu senyum je..hehe!). Round-round lagi, jenguk sana sini tengok gelagat pengunjung kat Genting ni..

After maghrib, we all turun semula ke lobby..Ingat nak makan kat cafe lobby je tapi tengok choice of food tak menarik, jalan-jalan carik makan kat Market Food Stall..bolelah..Pekena nasi (perut melayu, mesti nak makan nasi..) dengan teh tarik waktu sejuk-sejuk ni, best aje.. Next jalan-jalan lagi, plan nak masuk Snow World..Mula-mula mak dengan abang tak mau masuk, last-last masuk jugak..Mak pun over-excited main snow..Kitorang anak beranak main snow war lagi..best gile..Sejuk tu tahap biasa je, tapi hidung dah perit-perit tahan kebas, pening gak kepala otak menghirup udara sejuk..Syukur betul dilahirkan kat Malaysia yang beriklim khatulistiwa..Takde 4 musim pun takpe weh...tak rela betul nak duduk dalam musim Winter..huhu..
Feeling duk kat Switzerland main salji.. (gambar dalam Snow World)

Esoknya, konon abang kata sesudah subuh get ready, nak masuk theme park..alih-alih kul 8 pagi masih berselubung dengan selimut..Aku dengan hubby punyela gigih bangun siap-siap nak pegi theme park, last-last pukul 9 pagi barula semua get ready turun bawah..

Orang punyela ramai berpusu-pusu masuk kat dalam theme park walaupun kabus masih lagi tebal menggila..Sejuk mengalahkan masuk Snow World semalam..Tapi nak tunggu lagi pun buat ape, pukul 12.00tgh nak check-out dah, so kitorang masuk gak..Tak banyak tempat yang kitorang main, paling mencabar pun main Spinner je..tempat-tempat lain punyela orang beratur panjang..tak kuasa den nak menunggu..Last ride kitorang main bot kayuh je..next time la pegi, pastu main semua permainan yang mencabar..Sebab kesian kat mak, takkan la asyik nak menunggu kitorang je..

Walau ape-apepun thanks for all my family...Thanks for abang for paying the 2day 1 night stay at 1st World Hotel, thanks to adik coz menyediakan kereta ke sana, thanks to my mom for paying all meals (except KFC-thats my treat!), thanks to my beloved hubby for being our photographer and for myself, thanks sebab dapat jugak aku bercuti..hehe! Sorry bos, aku terpaksa bohong, kalau tak, mana bisa ku boleh bercuti sebegini...:p

Feb 2, 2010

Minggu yang .......

Malam ni tak boleh nak tido..Aku pun tak pasti apa yang aku fikirkan..Maybe sebab stress, ditambah pula dengan bermacam-macam dugaan yang berlaku..Maybe ada hikmah disebaliknya ataupun dugaan yang berlaku akan ada jalan penyelesaiannya..

Lepas insiden skirting kereta patah, aku diuji lagi..Cermin kereta retak, taktaula macamana boleh kena, serpihan batu dari mana ntah kena baek punya kat cermin depan..tengah-tengah pulak tu..tension abis..Dahla aku jenis travelling, buatnye lama-lama sok berderai tengah jalan, buat naya je. Tengah memikir mana nak cari duit..Bulan ni agak kering..hutang card pun bayar half je dulu..tolak itu ini tinggal brapa ratus je dalam bank..Alahai..

Banyak nak cerita tapi meluahkan didalam blog bukan cara yang terbaik..Biarlah dipendam saja duka,luka dan amarah ini..Alang-alang stress sebab nak siapkan presentation RMK-10 before 2.00 p.m esok, kita tambahkan lagi stress dengan perkara-perkara lain..Baru sekejap tadi aku campak enpon ke dinding..Malas nak tengok, enset sabun ni baling kuat mana pun dia terburai je kot, takkan rosak..paling busuk pun speaker dia rosak je..elok la tu..malas aku nak melayan panggilan telefon dari ofis,etc..Takde enpon dengan ada enpon pun sama je..

Astaghfirullahalazim3x...Tabahkanlah hatiku..Cekalkanlah hatiku dalam menempuh dugaan yang mendatang ini Ya Allah..Jauhilah aku daripada perkara-perkara buruk dan yang Kau murkai...

Jan 14, 2010

New Looks!

Waaa..suke gile aku dgn templete baru ni. Thanks hubby! Hubby yang buatkan dek kerana tak pandainya aku dalam menempek templete ke dalam blog..Warna yang begitu memukau, gabungan hitam+purple+biru..Marbeles sunggoh..Syahdu aku rasa..T_T..Apesal nangis lak, patutnya happy..:)

This week tak sempat nak update blog..Gile sungguh buat perancangan Bajet tahun ni..Asyik dok mengedit perancangan yang dibuat, naik rimas+tension jadinya..Melampau sungguh kesibukan minggu ni..tiap malam makan roti sapu kaya..malam ni tak bole jadi, aku kena makan nasik jugak.

Dalam kepekatan malam menginjak kol 9.30mlm ni aku gagahkan juga menanak nasi.Tengok telur ayam ade sebiji, wat telur dadar then masak sardin..Syurganya..(padahal nak save duit coz hubby nak datang jb this weekend..Yahoo!!)

Malas nak tulis banyak-banyak..Dah ada masa lapang sok, baru update blog banyak-banyak siap buh gamba lagi..Doakan aku free pas siapkan bajet. Daa!!

Jan 10, 2010

Selamat tinggal melaka, i'm home...JB

Petang-petang macamni tak tau nak buat apa..After hantar my SIL balik Kempas, I drove straight away to KFC, beli Snack Plate bawak balik umah makan bersama nasi lemak yang dibekalkan my mertua.

Baru dua hari balik Melaka..dah rindu my hubby..Sedih pun tak guna sebab tak boleh buat ape pun selagi aku @ dia yang bertukar tempat kerja..Cerita lain, pagi-pagi lagi Mr.Adnan meremukkan skirting kereta..waaaaaaaa!!! Mandi punye cepat gile pagi tadi bila dengar bunyi "prakkk" kat luar rumah. Aduhai suamiku...nasib baik skirting kereta je tau, kalo kena bumper maunye aku merajuk 10 purnama..Aku tak bole nak marah pun sebab benda dah jadi, cuma rasa kesal je..Kita baru kawin cik abang..Duit banyak lagi bole diguna selain daripada membetulkan skirting kereta tu..huhuhu..Next time hati-hati lah cik abang..

Tapi bagi aku, my husband are more important than anything..I love him so much..Aku hanya nak buat dia gembira dan aku ingin jadi seorang isteri yang terbaik buat dia..And as a gift (can i say an express birthday gift?), i bought this Olympus e-Volt 300. (gambar takleh published lak, apesal ntah..) Mak aihh, siang malam pagi petang jadi model tak bertauliah..penat posing sana sini..sampaikan bila aku balik JB pun, bila aku call tengah lagi shoot gambar..Alahai suamiku..suka sangat dia.


Enough about that..I'm happy coz i made him happy as well.

Jan 8, 2010

Fly Away Home..

Today i'm going back to my hubby's hometown..kena siapkan kerja-kerja dengan segera, sharp kul 5ptg, ambil my SIL kat Kempas and rushing back straight home..wahhhh,tegarnya aku..Mesti badan letih giler.

My officemates ajak gi melancong ke Indonesia..Sounds interesting right! Hmmm..nantila, fikir dulu.

Jan 7, 2010

Facebook


Lately, semua orang ada facebook..Dari sekecil-kecil budak sampaila yang setua-tua manusia..Semuanya tak mahu ketinggalan zaman. Macam tak percaya, zaman teknologi harini berjaya mengubah corak hidup manusia kat bumi ni.

Pada aku facebook ada juga kebaikan dan ada juga keburukan. Kebaikannya memang tak dapat disangkal lagi. Dari facebook, korang akan dapat:

1) Berjumpa balik dengan kawan-kawan lama yang dah lost contact berkurun lamanya. Memang hebat kuasa facebook.Kalo takde facebook, ko jangan harapla nak terserempak dengan kawan, sdara-mara yang dah lama tak jupe, kekasih lama, even musuh lama pun, ko bole jupe balik..

2) Asah skil komunikasi & etc..Disamping tu masing-masing sibuk menunjukkan kehandalan tak kira lah dari segi rating main games yang berlambak-lambak kat dalam tu, tunjuk betapa cantiknya muka or wedding or pakwe & betapa kayanya punye barang mewah..pastu taknak kalah, status update yang hebat & best-best aje..betul tak?? Aku mengaku...haha!!

3) Bertukar-tukar fikiran dan pendapat..Tak kiralah dari sudut apa sekalipun..Facebook jadi medan meluah perasaan, pendapat, penyampai maklumat terkini & mengumpul fans (bukan kipas, tapi peminat..)

Tapi dengan facebook juga, keburukan pun banyak. Antaranya:

1) Ramai yang terlalu asyik main farmville, fishville, barn buddy, mafia wars & etc sampai lupa kewajipan lain..Kewajipan pada tuhan, pada isteri, pada suami, pada anak, pada kerja-kerja seharian...Terlalu asyik dengan alam maya padahal diri sendiri kat dunia nyata tak terurus & tak miliki pun semua tu (ladang mcm farmville tu ko ada??).

2) Status update yang selalu mengumpat, mengeji, memburukkan orang lain (tak kiralah secara sengaja ataupun bergurau), berbangga diri...Hmmm..think before you jot down anything..Fikir-fikirkanlah perasaan orang lain..Facebook bukan milik kita seorang saje..Pastu yang paling aku pantang & aku geram bile ada dikalangan staf-staf yang bole pulak update status "harini bosannye takde kerja..." padahal in reality u got lots of workload to be done..Aje aku sekeh sorang-sorang malaun yang buat statement macamtu..

Aku taknak statekan banyak sangat keburukan facebook sebab hari-hari aku mengadap "buku muka" ni juga..But please la be rasional..Time ada kerja, buatla kerja..Jangan asyik duk menghadap benda alah ni je..Kalau kita jenis yang buat kerja laju tu takpe, ni nak kena sergah, nak kena ketuk, baru kerja jalan..Please sedar diri..sebelum terlambat.

Cukupla cerita pasal Facebook..It just my opinion..If you dont like the content or terasa terkena batang hidung sendiri, kindly leave..

Malam ni bosan..Apesal cerita "Jangan Tegur Lagi" tu dah tak seram sangat??

Workload

Hmm..harini sepatutnya aku ke Pontian untuk program ADC (Anugerah Desa Cemerlang) Peringkat Negeri Johor..as usual, kalau dah time2 macam ni, mananye den nak dapat pegi..kerja masih lagi bertimbun-timbun belum disiapkan, laporan itu ini semuanya nak ASAP..aku bagi asap kebakaran baru tau..

ADC was our main program every year..Yup, untuk memberi pengiktirafan kepada kampung-kampung yang sangat menyerlah dari segi lanskapnya, organisasinya, kebersihannya, penduduknya..Pendek kata, untuk kampung yang benar-benar berjaya la. For kampung yang berjaya, tahniah diucapkan. I suppose to go for 'tunjuk muka' sebab ni main program, kang orang bising why pegawai tak pergi..Tapi sorry la bos, tuntutan kerja..bos pun cakap kerja yang UTAMA mesti diutamakan..And i go for my priority..Apelagi, sign baucar..:(

Dah tengahari tapi masih tak rasa nak makan..Kang dah petang sket barula terhegeh-hegeh lapar. Tadi lepas kuar duit kat Tabung Haji, terus gi makan kat 'Warung Batu' (orang JB area wisma persekutuan & office2 dekat sini tau la tempat ni...). I wonder why, apesal la makanan kat JB ni mahal ya Rabbi..Aku rasa kalau 10 tahun lagi aku kat sini, maunya dah berjuta-juta RM aku abiskan untuk makan aje..Nak harapkan beli barang, rasa aku bole dibilang dengan jari je.

Dah-dah, wat kerja la..kang tak sempat, takde siapa nak tolong..Daa!

Jan 6, 2010

Update laju-laju..(Ape bende la tajuk..)

Harini mata rasa pedih + mengantuk + preassure..maybe sebab terlalu banyak menghadap pc. Pagi tadi baru selesai meeting penting melibatkan bajet kewangan negeri..selesai dah satu agenda.

Tengok atas meja & tepi meja, baucer-baucer bayaran alhamdulillah banyak yang telah diselesaikan.Harap-harapnya sempatlah siap sebelum menjelang akhir AKB. Letih gile dah mata ni, tapi ntah kenapa rasa macam nak update blog. Bosan asyik main farmville tapi masih tak berjaya mencantas ranking hubby..huhu..expert gile tambah XP points die..

Macam biasa, aku akan blog hopping mana-mana blog yang aku minat..kadang-kadang surf blog shopping online tapi hampes, tak pernahnye aku nak membeli..aku pernah order secara online sekali je, tu pun kuih kak Nani seorang hot mama yang punya anak yang cantik nama Hanis Zalikha.

Aritu jalan-jalan dengan hubby, mata terpaut pada baju-baju kat Dorothy Perkins..Ada 2-3 baju aku aim nak beli..Aku memang macam ni, kalau nak membeli mesti fikir sampai 10x baru aku decide nak beli..Aku harap pasni kalau aku terjah butik DP, baju ni masih ada lagi...huhu..harap-harapnya la..



Kalo bole nak beli dua-dua..hehe..Kopak poket aku! Aku taknak menyusahkan hubby, minta itu ini, mana yang boleh aku beli sendiri, aku beli..(wah,wah, baiknye aku....:)) Weekend ni turn balik Melaka..My FIL nak buat kenduri kesyukuran untuk kami.

DP, tunggu aku, jangan sold out dulu!!



Jan 2, 2010

Happy New Year...(lewat sehari nak wish :) )

Selamat tahun baru buat semua..Harini aku ke ofis lagi menyiapkan segala kerja yang tertangguh, maklum aje la, tempoh AKB kejap benor..kena la rushing wat keje.

Alhamdulillah, aku telah selamat diijabkabulkan pada 12/12/2009 yang lalu, means dah 22hari aku menjadi isteri orang..isteri kepada M.Adnan..huhu..tak sangka lak dah jadi isteri orang..kejap je masa berlalu..

Petang nanti my hubby akan datang ke JB..Weehoo!! Bukan senang nak suruh dia datang ke JB, asyik aku je patah balik ke Melaka, patah punggung aku dibuatnya, drive 3jam tanpa henti.. Kalau dah sayang, sanggup je balik tiap minggu, tapi nak drive tu yang malas.. Plan nak masak tapi biarla hubby yang request nak makan apa..(kalau ajak makan luar lagi best..hehe!)

Azam aku tahun baru 2010 :
1) Ingin jadi isteri yang solehah dan baik di mata suami :)
2) Be a mommy...insyaallah kalau ada rezeki
3) Kerja dengan lebih teratur, no more kerja tangguh2..tak larat dah
4) APC..bole dapat ke baru 2tahun kerja? Insyaallah
5) Akan mula berblogging dengan lebih kerap

Tu aje azam aku buat masa ni..banyak lagi tapi akan difikirkan kemudian..

Dah, aku nak balik..singgah Giant jap cari lauk nak masak. Daa!!