Feb 2, 2010

Minggu yang .......

Malam ni tak boleh nak tido..Aku pun tak pasti apa yang aku fikirkan..Maybe sebab stress, ditambah pula dengan bermacam-macam dugaan yang berlaku..Maybe ada hikmah disebaliknya ataupun dugaan yang berlaku akan ada jalan penyelesaiannya..

Lepas insiden skirting kereta patah, aku diuji lagi..Cermin kereta retak, taktaula macamana boleh kena, serpihan batu dari mana ntah kena baek punya kat cermin depan..tengah-tengah pulak tu..tension abis..Dahla aku jenis travelling, buatnye lama-lama sok berderai tengah jalan, buat naya je. Tengah memikir mana nak cari duit..Bulan ni agak kering..hutang card pun bayar half je dulu..tolak itu ini tinggal brapa ratus je dalam bank..Alahai..

Banyak nak cerita tapi meluahkan didalam blog bukan cara yang terbaik..Biarlah dipendam saja duka,luka dan amarah ini..Alang-alang stress sebab nak siapkan presentation RMK-10 before 2.00 p.m esok, kita tambahkan lagi stress dengan perkara-perkara lain..Baru sekejap tadi aku campak enpon ke dinding..Malas nak tengok, enset sabun ni baling kuat mana pun dia terburai je kot, takkan rosak..paling busuk pun speaker dia rosak je..elok la tu..malas aku nak melayan panggilan telefon dari ofis,etc..Takde enpon dengan ada enpon pun sama je..

Astaghfirullahalazim3x...Tabahkanlah hatiku..Cekalkanlah hatiku dalam menempuh dugaan yang mendatang ini Ya Allah..Jauhilah aku daripada perkara-perkara buruk dan yang Kau murkai...

3 comments:

Vivi Noryati Ahmad said...

Setiap yang berlaku dan berlegar di ruang hidup semua ada hikmahnya.
Kadang- kadang kita tak nampak hikmah nya sekarang, tetapi yakin lah kita akan merasa kemanisan hikmah tersebut pada masa yang mendatang.
Allah menguji kita kerana Allah kasih dan sayang pada kita. Ujian hidup merupakan indicator bahawa kita masih dan sentiasa di bawah payung rahmat ALLAH.Ujian hidup merupakan sebahagian daripada nikmat hidup kerana melalui ujian hidup, kita sentiasa tidak lupa pada ALLAH malah makin dekat pada-Nya.
"Sabar+usaha+gigih+doa+tawakal"merupakan formula untuk meraih ketenangan.
Tidak semua musibah itu musibah, kerana dalam musibah lahirnya nikmat dan mendekatkan kita pada Allah.
Tidak semua nikmat itu nikmat, kerana sebahagian nikmat dunia bisa melupakan kita pada Pencipta jika kita hanyut dan leka.
Musibah is like an "alarm" to wake us up and maturation is gained through it.

Mrs. Adnan said...

thanks vivi..rasa down sgt sejak akhir-akhir ni..kata-kata vivi ada benarnya..yang penting skarang ni kita hanya mampu berdoa dan bertawakal bahawa ujian yang datang ni ada hikmah disebaliknya..

syahNURazni said...

kawan... just remember this... tuhan menguji hamba Nya dengan ujian yang boleh kita tanggung... insyaAllah semua akan dapat diselesaikan... baca surah al-waqiah setiap kali lepas subuh dan ayat seribu dinar setiap kali lepas solat... dan yakinlah Allah akan memberi pertolongan dari sumber2 yang kita sendiri tak jangka... nti bila masalah dah settle jangan lupa banyak kan sedekah... InsyaAllah nti bila kita kesempitan, pasti akan banyak yang akan datang membantu