Sebenarnya i really want to post about Kursus BTN aritu tapi macam takde mood lak..nanti nak upload gambar satu hal la pulak. Nanti-nantila pasal kursus tu ye..
Harini aku sangat hebat menjadi kaunter khidmat pertanyaan..Gara-gara menyahut seruan kerajaan agar mengoptimakan penggunaan e-Perolehan sebanyak 70%, aku dan team perolehan secara rakusnya mengiklankan hampir 10 sebutharga di website e-Perolehan. Nah, hambik ko!! Ada banyak pros & cons la kalau kita nak totally laksanakan sebutharga secara e-Perolehan. Malas aku nak citer, tapi sape2 yang biasa buat benda alah nie tau la kan?
Ape yang nak aku ceritakan kat sini, sejak pagi tadi pukul 8.00 pagi, telefon bilik aku tak henti-henti berdering..bukan bilik aku aje, kejap-kejap call berdering kat workstation bilik PA, kejap2 kat unit Kewangan..adohaii..semuanya nak bercakap dengan aku.. "Hello, bole saya bercakap dengan Puan Nurzila...saya bla,bla,bla...saya nak tanya pasal eP aritu untuk sebutharga bla, bla, bla...".. Hey, diorang ni semua memang betul la menguji tahap kesabaran aku.. Pada hal, taklimat dah diberikan sehari suntuk tapi atlast tak faham2 gak..Sabo,sabo...
Sekarang dah jam 4.30 ptg, lega sket telinga ni mendengar deringan telefon..dari pagi tadi weh, nak dekat 30 panggilan aku terima..paling banyak setakat ni la..seblum2 ni ada gak yang telefon tapi harini memang bengang gila la..sebabnya esok sebutharga dah nak tutup, so masing2 baru la terkial-kial nak isi form online bagai..
Tapi bagus gak jabatan aku ni kuatkuasakan penggunaan e-Perolehan..padan muka dengan kaki-kaki ampu, kaki bodek, barua-barua tak bertauliah, pegawai-pegawai gila kuasa yang tamak...atleast kegiatan haram diorang dah berjaya aku sekat sedikit demi sedikit..nak deal dengan kerajaan elok-elok la sket..kita ada prosedur, ko ikut je la..tak payah nak guna pintu belakang bagai..kita ada pintu depan, masuk, bagi salam, kita layan la elok2..(eh, korang faham ke, aku menyindir ni..bukan cakap pasal etika masuk pejabat or rumah ye..)
Lepas buat post ni, ilang ngantuk aku..haha! Puas ati dapat luahkan ape yang terbuku walaupun sedikit...
No comments:
Post a Comment