Mar 15, 2011

Transformasi ~ 5's

Assalamualaikum... it was a busy day..dalam sibuk2 pun, sempat jugalah melakukan sedikit transformasi terhadap bilik yang tak berapa luas ni..untuk mengembalikan semula rasa ghairah (huh??!!) ~ passion untuk bekerja..(jangan fikir ghairah lain lak ye..(^_^) )
Hebat sangatkah deko-deko yang aku buat tu??
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
From this....

ni bilik ke hape?


pc aku ada 2, harap maklum...


area pameran..haha!

To this....


beza tang kipas je...:)


neat & tidy


aik, cam sama je..

Haha..macam lebih kurang sama je kan...takdelah 5's sangat...ntah brapa hari la bole bertahan macam ni..asik digasak dengan pelbagai baucer, proposal, surat, handout & sampah sarap, 5's yang aku buat akan jadi 5's :- SEMAK, SEPAH, SUMBAT, SELONGKAR & SERABUT...

Sudahkah anda melaksanakan transformasi 5's anda??

Mar 11, 2011

Kenyang Melampau

alhamdulillah..syukur kehadrat ilahi kerana memberi rezeki yang tak terhingga pada hari jumaat nie..hehe..baru balik dari Plaza KSL, shopping mall terbaru kat bandar JB..aku ngikut aje, staff aku ajak, so memandangkan takde buat ape best gak dapat pergi ke tempat baru..nak tau mana kami pergi?



ye...SEOUL GARDEN...menarik kan? harga pun boleh tahan menarik berbaloilah dengan apa yang kita makan..tagline pun "all you can eat", semuanya kalau bole aku nak bedal.. harga tengok sendiri la ye tapi apa yang kitorang makan tadi, campur service & tax RM30.15 la lebey kurang..for one person..menu yang disediakan?korean style bbq & steamboat..sedap la jugak pada tekak aku..the price include semua makanan + abc + ice cream..air kalau nak kena add on RM3.99 tapi bole ambil bebanyak kali yang korang suka..

price list dia..berbaloi-baloi!


kenyang perut, suka hati..


tu baru sikit pinggannye..sebenarnya banyak lagi!


penyudahnye, balik ofis ketiga-tiga kami muka kekenyangan + badan bau asap!! annoying btol, ni yang nak pegi lagi nie...hehe..tempat ni sesuai untuk family..tapi make sure perut tu kosong seblum pergi ek..

so, kepada warga JB, bolelah berkunjung ke Plaza KSL untuk makan kat Seoul Garden ni...tak payah pergi Korea mahupun pergi KL untuk cari tempat ni...JB pun ada maaaaa!!

enjoy!!

Mar 6, 2011

Kegemukan vs Kerisauan


Hye..bersiaran dari Permaisuri Resort, PD. Jam sekarang dah menunjukkan pukul 6.45ptg..malam nanti taklimat kursus then bole tido dalam bilik yg sejuk ni..



setapnyeeeeee.....

Tajuk xbole blah kan? hehe...Ye la,kalo pergi kursus pastinya tak sikit sebanyak berat badan akan naik..ye la,dah kata makan bufet style,harusla banyak,ye tak? Tadi memang gamble gila makan big apple donut dengan slurpp ice blended frappucino java chip sambil drive..slow motion aku bawak,takat 70-90km kat highway PD..nikmatnye..


Aku xberminat nak crita panjang pasal kursus minggu ni..hati ni dok asik teringat kat anak bujang yang demam..atuknya kata dah kebah tapi sayu hati aku masa nak pergi tadi..nasib baik si comel tu tengah mamai2 nak tido..dah lah baik je,sakit pun xnangis,tabah btul anakku sorang tu.kalau aku,blum apa2 dah meleleh airmata ni..



tengok tu, nak tido pun buat aksi saya kuat!!


Tunggu mama balik ye sayang...kejap je 4 hari, nanti kita jumpa balik...(waaaaaaaa!!!) ~ saya memang tak tabah....

Bila si anak demam..


Si ibu hati xtenteram,
Si ayah tidur2 ayam..

Alahai anak bujangku..pagi2 lg badan panas satu badan..cool feverla jadi harapan..takde lak klinik bukak pagi2 ni kat Muar. dahla hari ni nak bertolak gi kursus kat PD 4hari..risau hati mama ni tau..harap2 kebah hari ni gak.
Huhuhu....

Mar 3, 2011

Majlis Amanat Perkhidmatan Awam Negeri Johor



Pagi2 lagi dah exercise jalan kaki ke Persada Johor (5 minit berjalan) untuk menghadiri majlis ilmu ni..YB Menteri Besar Johor pun tak sampai2 lagi..Aku pun bosan sorang2,nak borak dgn Zamri & En Rahim kat seblah ni pun takde idea..Nak camwhore orang kata jakun lak nanti..hehe..


Aku, Encik Rahim & Zamri....SMILE!!

Perut lapar lak..jamuan lepas abis majlis..kita tunggu je la..tengok orang main gendang pun ok..
Nanti aku upload smula apa amanat yang nak disampaikan sekejap lagi. Tunggu....



update : Baru balik dari Persada..ngantuknye dengar ucapan..hehe! Tak banyak yang disampaikan oleh YB Menteri cuma apa yang dihighlightkan sepanjang ucapan beliau adalah berkenaan dengan NKRA dan MKRA Negeri Johor..Aku pun malas nak ulas sebab kang salah info naya je..Satu perkara baru yang aku dapat masa majlis adalah tentang lagu di atas.. LAGU GEMILANG NEGERI..Lagu baru tu.. gubahan/lirik sape tak taulah aku tapi rentaknya ikut lagu zapin..rasa macam nak berjoget je time kumpulan koir nyanyi lagu ni..maybe bakal dinyanyikan setiap kali program besar Negeri Johor kot..


Jarang skali aku dapat pergi majlis ilmu macam ni..ye la, majlis amanat ni kan setahun sekali, kalau ofis aku buat program pun jarang aku dapat ikut sebab big bos tak bagi aku kuar..dia suh aku jaga ofis je..mencik tau!!

Best pulak dapat update blog daripada enset ni..macam ni gayanya, dapatla aku selalu berblogging..hehe!! Tenkiu my sony ericsson!! Walaupun harga ko semurah RM400++, jasa ko seperti enpon blackberry..:)

Mar 2, 2011

Suamiku gediks - Photogediks contest

entry ni khas untuk PHOTOGEDIKS CONTEST by kawanku suzaina...su, aku 1st time ni join contest2 camni..harap2 adalah rezeki ye..hehe!!

gambar yang menjadi pilihan...hehe(sila scroll bawah)
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v




gambar my husband..gambar ni di ambil masa aku tengah drive dan si suami sibuk camwhoring dalam kereta guna enpon aku..banyak betul gambar macam ni tapi aku select yang ni la coz paling gedik kot..hehe! harap2 memenuhi syarat penyertaan.

nak tag sape ek? aku takde follower..huhu!

1) Ko balik la su, bole?:)
2) My fren azni (kalo dia baca, harap dia join)

Feb 21, 2011

I want this camera pleaseee..

Assalamualaikum semua..

Huhu, harini boring sungguh..Kat ofis sibuk buat preparation for Family Day weekend ni..Aku pelik betul ramai sangat kaki bercakap time meeting santai macam ni..Bila orang bagi penerangan,tak nak dengar betul-betul, pastu sibuk tanya itu ini..Macam-macam hal laa..

Hmm..disebabkan family day tu la, aku sibuk nak mencari kamera sebenarnya..Selama zaman serba canggih ni, aku dok gunakan kamera handphone je..Teringin juga nak rembat satu compact kamera. Dan yang menjadi idaman aku tentula brand Canon @ Nikon.

Aku start menggunakan kamera sediri (yeah, I mean milik sendiri bukan orang lain..) sejak aku darjah 6..Masa tu yang paling canggih tentula kamera Canon (model ape tak ingat dah). Kalau nak dikira, kamera milik aku sehingga kini ada 4 semuanya.

Darjah 6 – Tingkatan 2 : Kamera Canon (hilang sewaktu camping PBSM..ntah sape rembat ntah. Frust aku!!)

Tingkatan 3 – Matrikulasi : Kamera Canon gak..model ape tak ingat. Masih simpan sampai sekarang tapi tak boleh guna dah sebab tempat insert bateri dah rosak.

Universiti 2003 – Tahun 2006 : Kamera Canon lagi. Model Powershot A400. Masa ni semua orang start guna versi digital..Aku guna duit simpanan beli kamera ni. Kalo tak silap harganya RM699 masa tahun 2003 tu..(kira mahal pada zaman tuh.. 3.2mega pixel je). Masih ada sehingga kini tapi simpan jadi barang antic sebab tak syok nak guna, display lcd kecik nau..

gambar ihsan google

Tahun 2006 – kini : Kamera Vivitar..canggih kot pada masa tu sebab ianya versi videocam..compact je size dia..tapi sayangnya kualiti gambar tak cantik even 6.0 mega pixel tapi kalau video memang tiptop la..dulu beli pun sebab nakkan fungsi video tu..masih ada dalam simpanan tapi malas nak guna jugak sebab makan bateri cepat..kejap je bateri kong. Geram betol..

gambar ihsan google - similiar like this tapi model lain


Tu lah sebabnya aku nak beli kamera sekarang..Hubby aku guna DSLR, malas nak pinjam, kang rosak bising pulak dia..lagipun tak pandai guna DSLR..huhu..

Aku terminat lak model terbaru Nikon ni..banyak blogger review pasal kamera ni..Kalau bole nak cari yang betul-betul compact dan senang dibawa ke mana-mana..ni dia model yang aku minat:

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

1) Nikon Coolpix S1100 (14.1 megapixels, 3-inch touchscreen & 5x zoom NIKKOR glass lens - harga RM1000++

i want exactly like this - same colour also..hehe! Cantik kan purple?!


2) Panasonic Lumix LX3 - harga RM1600++ huhu!!

brand ni gedebak sket tapi kualiti gambar tiptop..harga? fuhh..berpeluh!!





Haha..minat yang mahal je kan?? Aku blum survei lagi yang murah..tapi yang menjadi idaman antara dua tu je..kamera nikon tu ada projektor, yang panasonic lak kualiti setanding dslr..siap bole tambah lens external lagi..kalau mr.hubby atau ada sape-sape nak bagi free best jugak..hihi..

p/s: impian tinggal impian..adakah akan menjadi kenyataan??