Huhu, harini boring sungguh..Kat ofis sibuk buat preparation for Family Day weekend ni..Aku pelik betul ramai sangat kaki bercakap time meeting santai macam ni..Bila orang bagi penerangan,tak nak dengar betul-betul, pastu sibuk tanya itu ini..Macam-macam hal laa..
Hmm..disebabkan family day tu la, aku sibuk nak mencari kamera sebenarnya..Selama zaman serba canggih ni, aku dok gunakan kamera handphone je..Teringin juga nak rembat satu compact kamera. Dan yang menjadi idaman aku tentula brand Canon @ Nikon.
Aku start menggunakan kamera sediri (yeah, I mean milik sendiri bukan orang lain..) sejak aku darjah 6..Masa tu yang paling canggih tentula kamera Canon (model ape tak ingat dah). Kalau nak dikira, kamera milik aku sehingga kini ada 4 semuanya.
Darjah 6 – Tingkatan 2 : Kamera Canon (hilang sewaktu camping PBSM..ntah sape rembat ntah. Frust aku!!)
Tingkatan 3 – Matrikulasi : Kamera Canon gak..model ape tak ingat. Masih simpan sampai sekarang tapi tak boleh guna dah sebab tempat insert bateri dah rosak.
Universiti 2003 – Tahun 2006 : Kamera Canon lagi. Model Powershot A400. Masa ni semua orang start guna versi digital..Aku guna duit simpanan beli kamera ni. Kalo tak silap harganya RM699 masa tahun 2003 tu..(kira mahal pada zaman tuh.. 3.2mega pixel je). Masih ada sehingga kini tapi simpan jadi barang antic sebab tak syok nak guna, display lcd kecik nau..
gambar ihsan google
Tahun 2006 – kini : Kamera Vivitar..canggih kot pada masa tu sebab ianya versi videocam..compact je size dia..tapi sayangnya kualiti gambar tak cantik even 6.0 mega pixel tapi kalau video memang tiptop la..dulu beli pun sebab nakkan fungsi video tu..masih ada dalam simpanan tapi malas nak guna jugak sebab makan bateri cepat..kejap je bateri kong. Geram betol..
gambar ihsan google - similiar like this tapi model lain
Tu lah sebabnya aku nak beli kamera sekarang..Hubby aku guna DSLR, malas nak pinjam, kang rosak bising pulak dia..lagipun tak pandai guna DSLR..huhu..
Aku terminat lak model terbaru Nikon ni..banyak blogger review pasal kamera ni..Kalau bole nak cari yang betul-betul compact dan senang dibawa ke mana-mana..ni dia model yang aku minat:
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
1) Nikon Coolpix S1100 (14.1 megapixels, 3-inch touchscreen & 5x zoom NIKKOR glass lens - harga RM1000++
i want exactly like this - same colour also..hehe! Cantik kan purple?!
2) Panasonic Lumix LX3 - harga RM1600++ huhu!!
No comments:
Post a Comment