Feb 17, 2011

My boyfriend is 3 months old!


Seronok rasanya bila ada anak..anak membesar di depan mata (yeah,walaupun takdela di depan mata 24/7) tapi aku bersyukur dapat menjaga anakku sendiri dengan bantuan emak..thanks emak!

Today, genap umurnya 3 bulan..makin comel dan handsome boyfriend aku yang sorang ni...ye la, boyfriend utama jauh dimata, yang dekat ni la jadi penawar rindu..Sepanjang 3 bulan ni tak banyak lagi perkembangan yang boleh dilihat..Aku cuma berharap dia membesar dengan sihat, sempurna dan soleh kelak..


Dua orang kesayangan saya..:)


Perkembangan Adib sekarang:

1. Dah pandai respons bila dipanggil nama..tertoleh-toleh cari siapa yang panggil nama dia..

2. Suka camwhore..kalau ambil gambar dia, dia ready je..susah betul nak ambil gambar candid..ntah ikut perangai siapa pun aku tak tau..huhu (mama dia tak suke bergambar..)

3. Hobinya sekarang suka makan tangan..really! Pantang lepa sikit mulalah dikulum tangan tu..nasib baik masuk 3jari je,kalo masuk ke5-5 jari, haru jadinya..gusinya tengah gatal tu. Aku dah tak pakaikan dia mittens sebab abis dihisapnya mittens tu, pastu lap pulak kat pipi dia yang gatal dek ruam susu..ish,ish..

4. Beratnya dah meningkat ke 6kg..alhamdulillah..

5. Suka tengok tv..especially rancangan masak-masak channel AFC atau Food Channel..haha! Jangan hobi bila dah besar nanti suka makan pulak..Walaupun sebenarnya baby tak elok didedahkan dengan tv, tapi nak wat camne, itu je la hiburan kat rumah aku.

6. Manja dengan atuk..dengan aku manja time nak nenen je..

Nanti kita tengok perkembangan Adib di usia 4 bulan pulak..daaa!!

3 comments:

MuMMy CHoMell said...

comel.. pict. tu mcm xske dicium jek..hihihi bile dpt jupe adib nih??!

MuMMy CHoMell said...

zila jom join contest aku.. http://mumlittlemonster.blogspot.com/2011/02/photogediks-contest.html

Mrs. Adnan said...

aku nak join tapi takde gambo gediks la..har,har,har..btw, ape hadiahnye??