May 19, 2011

Ujian tuhan


Salam readers..aku bersiaran dari katil hospital. Dah 3hari pun. Sakit apa? Batu dalam hempedu.. Siapa sangka kesakitan yang aku sangka gastric pain diikuti dengan jaundice rupa2nya adalah simptom penyakit ni. Mungkin ada hikmah disebalik kejadian yang berlaku. Aku redha tapi apa yang aku harapkan agar penyakit ini dapat diubati.. Tapi apa yang tak sedap didengar, boleh diubati dengan cara pembedahan saja jika serius. Seriau aku dengar! Mau tebuk lubang pada perut mana tak seriau??
Sampel darah dah diambil buat kali ke-3 pagi tadi. If kandungan bilirubin dalam darah berkurangan, aku bole balik tapi still kena folow up dengan antibiotics dan further medical inspection. If kandungan bertambah,maka bersedialah untuk ditebuk lubangnya..aduhhh.. Harap2 berita baik la yang aku terima,not bad news.
Patutnya sekarang ni aku sedang berkursus kat Melaka tapi berkursus kat hospital jadinya..jadi untuk para wanita diluar sana,if sakit2 perut, gastric, diikuti dengan tanda2 seperti mata kekuningan, fever, perubahan warna pada air kencing dan najis, cepat2lah ke hospital. Jangan suka bertangguh kerana kita tau perempuan ni kalau sakit2 sekitar perut, selalu ambil endah x endah kan?
Mencegah lebih baik dari mengubati.. Doakan saya ya!

1 comment:

Rohani Hashim said...

beb, semoga cepat sembuh beb...