May 28, 2011

Nak guna jalan lama Karak? Fikir 10x okeh...

Hai..tengah bersih-bersihkan sawang dalam blog ni..dah seminggu tak hapdet, ape kehalnye..ye la, sejak kuar wad aritu, masuk ofis, keje menimbun, pastu trus gi kursus kat De Rhu Beach Resort, Kuantan..adus..sedih lagi tinggalkan si kecik dengan atuknya..pantang call sket, mesti dia merengek-rengek..cian dia!

Tak nak citer pasal kursus ke ape ke, tapi sebenarnya nak review filem Karak..hehe! tengok tepat-tepat masa tarikh filem tu ditayangkan, 26 Mei 2011. Dah lama betul tak tengok midnite movie (masa tu tengok jam 12.35 am!), thanks kat Kak Anne dan Fendi yang terpaksa mengikut kehendak aku nak tengok crite hantu..Gigih weols gi tengok kat East Coast Mall, Kuantan padahal masa tu tengah berkursus..abis je taklimat kursus jam 10.30mlm, kitorang tido dulu ok, jam 12.00 am baru gerak. Nasib baik tempat kursus dengan mall ni dekat..

So far, untuk crite Karak ni aku bagi 3.5 bintang je..why sikit sangat?? Sebab pada aku tak seram sangat la..memang muka hantu-hantu dalam filem ni menakutkan tapi ntahla..tak feel langsung keseramannya..aku ngantuk kot time tu..haha!

Crita ni mengisahkan 4 orang sahabat yang nak menuju ke Kuantan melalui highway Karak..dalam perjalanan, mereka berdepan dengan jam yang teruk lalu memaksa mereka melalui jalan lama Karak..kat situla bermula babak-babak menakutkan apabila diorang terserempak dengan macam-macam hantu lalu mengakibatkan diorang terlibat dalam kemalangan ngeri. Eksiden tu menyebabkan diorang terperangkap didalam hutan tebal dan terpaksa menginap disebuah rumah lama kepunyaan orang asli. Kat rumah tu la macam-macam peristiwa berlaku..ish, malas la nak citer, panjang sangat nak taip.haha!!

Nak dipendekkan cerita, sebenarnya dalam eksiden tu, 3 daripada 4 orang tu dah mati pun, cuma sorang je yang masih hidup. Rupa-rupanya yang sorang tu la survive diri dia berdepan dengan hantu-hantu yang ekstrim wajahnya, cuma dia je yang tak sedar. Moral of the story yang KRU cuba nak sampaikan adalah, kita sebagai orang Islam kena faham baris-baris ayat dalam al-Quran dan memahaminya, bukan hanya pandai menghafal saje tanpa mengetahui makna ayat-ayat tersebut. Sebab ayat-ayat al-Quran la menjadi pendinding kita daripada gangguan syaitan..owh, masa babak budak tu berdepan dengan hantu-hantu tu sambil baca ayat kursi je scene yang aku takut dan insaf..ye la, cuba bayangkan kalau kita melalui situasi yang sama, ape kita nak buat ye...

Alamak, aku rasa review yang aku buat ni bila baca berulang kali, macam berterabur je..ah, lantak!! janji aku faham..haha!! so pada yang nak tengok sangat-sangat cerita ni (especially hubby aku), silelah ke panggung kalau nak tau cerita ni sedap ke tak..bole la, kalau-kalau nak menatap wajah shahir AF yang hensem tu..kilafairy tu dalam cerita ni gedik ya amat, rasa nak sekeh-sekeh je..ezyendy ok la, sebenarnya dia paling ok berlakun tapi muke dia tak komersial..dan lastly sheera ayob (pengacara whi), hanya so-so saja, dia aje yang terselamat, so babak last tu memang meremang..huhu.

dah-dah, jangan kutuk review aku ni, pi je panggung..kalau tak nak tengok crite antu, gi tengok kungfu panda pastu cerita kat aku balik ek..aku nak tengok yang tu sebenarnya..:) ngeeeehhhh!!

babai!!

1 comment:

Muhammad Adnan said...

ntah bila lah tu dapat tgk karak sesama.. donload jer lah ek, tgk kat umah.. heuhuehuehu