Sep 21, 2011

The new Kitten In Da House..

Lama tau aku tak bela kucing..nak dekat 3-4 tahun jugak sejak kucing kitorang si Kenit hilang@dicuri orang..si Kenit ni warnanya tompok2 hitam+putih+oren..paling lama seingat aku kitorang pernah bela adalah si Kuning, seekor kucing warna oren..lama gak kot sampai berpindah-randah dari satu rumah ke satu rumah..dan si Kuning hilang mungkin sebab dia dah tua..dalam umur 8tahun gitu..orang cakap, kucing kalau nak mati dia tak akan mati berdekatan kita unless dia mati kena langgar..btol ke??



Now, introducing the most lovable + playfullest kitten in da world..haha! hentam kromo je perkataan playfullest tu..MEHO..why MEHO?? Ntahlah, owner dia yang buh nama macam tu..idok pulak aku bertanya kenapa nama dia camtu..

MEHO ni diberi oleh my best friend masa skola Dato' dulu.. oleh sebab ownernya bakal memiliki anak 'sendiri' dan ibu kepada kitten ni bakal bersalin lagi, maka owner ni baik hati bagi aku kucing ni..Jauh ko merantau naik kete dari Seri Kembangan ke Melaka..sebenarnya dia sayang kot kucing ni tapi dah tak larat nak membela banyak sangat kucing, so she let go si adorable ni..

Mulanya memang agak keliru la sebab kitorang tak pernah bela kucing ala-ala Parsi ni..biasa bela kucing kampung yang tahu berdikari je..si MEHO ni pulak jenis kucing indoor..yang hanya tahu main, makan makanan mahal, siap ada playland sendiri dan berak dalam pasir...demn kan?? haha... Hubby aku cerita masa mula-mula sampai kat rumah kat kampung, she refuse to eat, to poo-poo..culture shock agaknya..tu la..selama ni ko duk kondo, alih-alih duk rumah kampung?? sedangkan manusia pun selalu sangat kita dengar culture shock, inikan pula haiwan..:) Hubby aku pun tak senang duduk lalu dhantarnya pulak ke Muar..rumah yang lebih moden la..haha!!



Tengok ko...siap landing atas perut lagi...banyak cantek muka ko!! Oh ya, tu abang aku..dialah akan jaga MEHO kat Muar before aku akan amik dia bawak balik ke JB.. Ish, tengok gambar2 ni, tak sabar lak nak bawak balik JB.. tunggu ek MEHO..nanti main sama Adib tau..adib pun suke kucing gak..nanti dia akan tarik ekor MEHO sampai putus...haha!!

Okla, bye!!

(entry aku memang begini ek, tetiba je dah habis....)


p/s: aku nak tukar nama kucing ni..ape ek nama sesuai??

Arigato!! Watashi suka sushi..

Oleh sebab harini aku puasa, entry ni lah yang terhasil..

Lama seh tak makan kat Sushi King..my all-time favourite Chuka Kurage!! Ini adelah spesis jellyfish ye..Kalo pegi mesti carik yang ni dulu selain dari sushi ebikko pelbagai warna tu..nyum, nyum..

gambo ni di ambil masa pregnant..dah lama seh tak pegi!

Oh ya, menu yang mana satu kat Sushi King ni yang tak halal ye? takut pulak nak makan kat sini lagi..selalunya kalau pegi pun aku suka amik sushi je..yang menu ala-carte jarang aku amik..

Okla, bye!

p/s: Kat JB ni takde ye tempat sushi yang halal...frust betol!! Jusco ajelah nampaknya..

Sep 8, 2011

Seronokkah raya itu??

Assalamualaikum...alhamdulillah, boleh tahan juga seronoknya..Hari raya 1&2 kat kampung aku, raya 3&4 kat kampung hubby pastu trus shoot ke putrajaya untuk beraya area kl..boleh tahan penatnya, pastu trus shoot balik jb..gila kentang punya hebat sampaikan anak bujang aku demam2 dek kerana sakan sangat beraya..

Bila dah tamat cuti panjang (seminggu tu kira panjang la jugak..), skarang mood bekerja sudah mari..actually patutnya pergi kerja Isnin tu tapi tetiba pulak anak bujang meragam dari petang sampaila ke malam..ini takleh jadi, memalam buta gak aku dengan emak bawak si bujang gi klinik 24 jam..Mula2 aku memang nak banned Poliklinik P*****r tu sebab masa aku pegi haritu, doktor hampeh tu tak check pun aku, tup2 cakap aku gastrik..bangang btol! Dahla melayang rm55, gi spital doktor lain sahkan aku kena batu hempedu..Nasib baikla masa bawak si bujang aritu doktor lain yang bertugas, lebih elok benar lagi doktor yang bertugas malam tu kawan aku masa kat Matriks, so alhamdulillah..doktor kata anak aku sakit perut je, perut masuk angin..pastu ada sikit2 batuk, light2 demam ngan selsema. Nasib baik tak teruk..

Bila diamati perangai anak bujang ni, lagak dia sebijik macam aku la..tak boleh sakit, lembik satu badan..itu satu hal, yang aku tak tahan, dia punya merengek tu..kejap2 eeeee..kejap2 eeeeee.. aku ni memang alergik sket budak merengek, kalau menangis aku ok lagi..haha! ape daa, anak sendiri pun nak berkira..pastu prangai yang paling sama dengan aku ialah tak suka makan ubat..bole pulak dia puih-puih kan ubat, siap sembur2 lagi..aduyai anak..ubat manis pun takmo. Sejibik cam aku! Haha!!

Takpela, moral of the story pasni, si bujang takleh lewat2 makan lagi..makan kena ontime dan MESTI makan nasi..diulangi MESTI okeh..perut dia jenis tak tahan kalau setakat makan nestum aje..aku memang sparekan nestum bila tak sempat nak masak..nampaknya tak bole la, dia dalam satu hari kena jugak suapkan nasik..hai anak, anak... (nasik tu lembik atau dibuat bubur ye, harap maklum..kang orang ingat aku bagi nasik berlauk lak..:))

Naik2 raya ni, of coz la keje as usual banyak macam selalu.. berita buruk pulak bos amik cuti 2 bulan atas masalah kesihatan..alamatnya makin menimbun la tanggungjawab yang perlu digalas oleh kami bertiga..Bos, cepat2 sembuh ye..kalau boleh jangan la cuti 2 bulan, kita ada macam2 program dalam masa terdekat ni..Program ikhtifal, program Hari Potensi kebangsaan, program Hari Raya, program sukan indoor..pening bos...saya dah malas nak wakilkan bos kesana-sini sebab keje saya pun tak berabis lagi...huhu..

Oklah, kita wait n see je la apa yang bakal berlaku selepas ni..insyaallah aku akan laksanakan tanggungjawab aku semampu yang boleh..Kita akhiri entry ini dengan gambar raya satu family. I loikeeeee!!


Sempoi kan gambar ni?? Hubby siap buat studio untuk amik gamba ni...


nota kaki : SPRM ade datang ofis minggu ni..pasal apa? takde mood untuk bercerita lebih lanjut.. Diorang masih menyiasat..Harap2nya takde apa2la..

Babaiii!!!

Aug 26, 2011

ucapan SELAMAT HARI RAYA dariku di opisss..


Muke tak bole blah..boring sebenarnya menunggu waktu balik jam 4.30ptg..Semua dah balik, aku dengan orang yang tak balik kampung je masih berada di opis..

Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan Salam Aidilfitri buat semua umat islam yang membaca blog ini..buat yang mengenali diri ini, I'm Sorry..Maafkan segala kekhilafanku.. sob!sob!...

Sesiapa yang balik sesudah subuh esok, jom konvoi!!

Babai!

Aug 25, 2011

Kesian dia..


Beg yang dihadiahkan oleh abang aku masa dia ke London..Brand Clarks kalau tak silap aku..leather pun tak tahan lama kan? Menggelupas abis kulit dia..actually hati ni teringin sangat nak rembat satu beg baru tapi at the same time, rasa kedekut pun ade mengenangkan banyak lagi benda2 penting yang perlu menggunakan duit..


Kalau beli yang ni....aci tak??
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v



haha..tak hagak-hagak..nak Coach jugak.. aku tengok semua orang skang galoks membeli brand nie..murah bebenor ke? Gulps..boleh la tahan kalau nak merasa branded item..nak rembat Gucci ke, LV ke, macam hampeh la pulak, padahal ko bukan anak orang berada pun..setakat keje gomen kan..haha! Orang kata nak membeli handbeg ni ikutla perwatakan dan kemampuan diri..jangan orang nak beli designer handbag, ko pun nak walaupun Petaling Street mali.. Beg takmo kalah, padahal dalam wallet tak sampai seploh hengget kan? Sama kes jugak dengan enset ribu-riban, tapi apedekes, pakai topup??topup pun 30hengget sebulan?? Ini pengamatan aku la sebab ada yang aku kenal spesies macam ni..

Kalau hubby aku baca nie, die perkenan tak kalau aku beli ni? bukan untuk raya la, ni nak tunggu duit kutu mali..hehe.. B, boleh tak ni? rm800 kot..hahahaha! baik bayo payment kete aku bulan2...

Oklah, tak salah kan menyimpan angan2? Korang doakanlah agar aku terbukak hati nak beli hendbeg memahal camni..okla, babai!

Aug 23, 2011

Inilah Yang Aku Suka Bila Tiba Hari Raya...

Assalamualaikum..yes, hari ini hari ke 23 kita berpuasa..Alhamdulillah jugak, aku pun masih lagi berpuasa penuh tanpa menunjukkan apa2 tanda 'bendera merah' akan muncul..Kalau tak muncul seriau gak..manalah tau, kot2 ade yang 'melekat'..whoopsss..

Menjelangnye hari raya, as usual setiap tahun aku tak perlu risau tentang kuih raya dan yang seangkatan dengannya..dah masuk tahun ke 4, inilah yang ditunggu-tunggu dalam minggu terakhir Ramadhan..HAMPER RAYA!! :)

Ingat masa mula-mula bekerja di KEMAS, terkejut jugak bila dapat berbondong-bondong kuih raya sampai berpuluh-puluh balang..masa tu tahun 2008, belum kawin lagi dan tak ada kereta, so balik kampung dengan bas..jangan korang tak tau, 2 buah beg besar aku bawak balik ke kampung penuh dengan kuih raya je..satu helai baju pun takde, semua kuih belaka.. tu pun ada tinggalkan dengan makcik suh bawak balik Muar nanti (aku duk dengan makcik masa tu..)..Seingat aku masa tu adelah dalam 40 bekas kuih raya + kerepek + kek..belum campur yang beli lagi..huhu..HEAVEN!!

Kuih2 tu semua takdela aku hidangkan semua kat atas meja masa raya..tapi macam kelakar jugaklah meja penuh balang kuih je, tak payah hidang benda lain..so, untuk tahun2 berikutnya, toksah le hidang banyak2 kuih..adelah lebih baik kita sedekahkan pada sedara-mara yang datang..hihi..








Untuk tahun ni pun, sama jugaklah..rezeki melimpah ruah..minggu lepas dah dapat 4 beg penuh kuih raya + kerepek, harini pulak dapat lagi 3 beg dan hamper..ALHAMDULILLAH.. ada 3 hari lagi sebelum jumaat..maknanya penuh jugaklah bonet kete aku disamping barang-barang anakanda terchenta nak disumbat dalam tu..maunye kena sewa lori ni kalau tak muat..huhu..

So, terima kasih kepada Pejabat Kemas Daerah Mersing, Daerah Batu Pahat, Daerah Labis, Daerah Segamat dan lain-lain yang sudi singgah ke bilik I dan menghulur rezeki ini.. I LAP U OLS la...

Ni bukan entry penutup Ramadhan..moga ada lagi entry dalam bulan yang mulia ini..Ok, babai!


Aug 16, 2011

Sucikanlah hartamu

gambar dari Google

Sebut pasal bulan Ramadhan, semua orang hanya berfikir pasal Puasa je..tapi macamana pulak dengan zakat? Alhamdulillah, setakat ni hubby telah pun melaksanakan kewajipannya membayar zakat Fitrah, tapi aku yakin ramai lagi manusia di luar sana yang masih lagi belum bayar kan? Jadi ape tunggu lagi?

Tapi pernah tak korang membayar zakat selain daripada zakat Fitrah? Ade yang tak pernah ni..
Zakat Gaji dan Pendapatan adalah segala jenis hasil pendapatan atau pulangan sebagai balasan perkhidmatan yang berupa gaji, upah, bonus, dividen, hasil sewaan, royalti, hibah, elaun, honorarium, pampasan, pencen, perniagaan bermusim dan lain-lain bentuk perolehan semasa hidup, bersara atau mati dan apa jua pendapatan berdasarkan kerjaya atau sebagai ahli profesional (sumber dari website PPZ WP)

gambar dari Google

Rasanya, kebanyakan pembaca blog nie semuanya berkerjaya kan? Jadi, tunaikanlah kewajipan anda..bukankah menunaikan zakat ni menyucikan harta..takmo la kan kita berasa was-was dengan segala hasil titik peluh yang masuk ke poket kita kan.. Yang jadi suami, takkanlah nak bagi family makan dengan hasil yang shubhah pula..same goes to woman..

Cara nak membayar zakat pendapatan ni mudah aje..Pengiraan pun mudah. Ikut je cara kat bawah ni ek:

Contoh:-
Pendapatan sebulan X 12 bulan (1 tahun) X 2.5%
RM2000 X 12 X 2.5% = RM600.00 aje setahun

Tak mampu nak bayar selepuk, boleh juga bayar secara bulanan

RM600 / 12 bulan = RM50.00 aje!!

Ala..takkan RM50.00 sebulan bagi yang bergaji RM2k pun tak mampu...menipu namanya..beli topup rm50 bole, beli tudung harga RM50 bole, pegi makan kat Kenny Roger untuk 2 orang RM50 bole je..pendek kata mampu lah! Berzakat ni kan untuk orang-orang yang MAMPU..Orang-orang yang bergaji bawah RM1k pun boleh aje bayar zakat pendapatan ni..pokok pangkalnya Tepuk dada tanya IMAN..

So, pada yang MAMPU tu, marilah kita sama-sama bukakkan minda dan bersihkan jiwa, meh kita bayar zakat pendapatan pula..Kalau nak citer pasal zakat-zakat yang lain, eden tak pandai sangat..so kite citer mana yang eden dah buat yek!

Nota kaki: Aku nak buat pembayaran zakat melalui potongan gaji..ok tak agak-agaknya? lagi mudah kot..

Selamat berpuasa!!