gambar dari Google
Sebut pasal bulan Ramadhan, semua orang hanya berfikir pasal Puasa je..tapi macamana pulak dengan zakat? Alhamdulillah, setakat ni hubby telah pun melaksanakan kewajipannya membayar zakat Fitrah, tapi aku yakin ramai lagi manusia di luar sana yang masih lagi belum bayar kan? Jadi ape tunggu lagi?
Tapi pernah tak korang membayar zakat selain daripada zakat Fitrah? Ade yang tak pernah ni..
Zakat Gaji dan Pendapatan adalah segala jenis hasil pendapatan atau pulangan sebagai balasan perkhidmatan yang berupa gaji, upah, bonus, dividen, hasil sewaan, royalti, hibah, elaun, honorarium, pampasan, pencen, perniagaan bermusim dan lain-lain bentuk perolehan semasa hidup, bersara atau mati dan apa jua pendapatan berdasarkan kerjaya atau sebagai ahli profesional (sumber dari website PPZ WP)

Rasanya, kebanyakan pembaca blog nie semuanya berkerjaya kan? Jadi, tunaikanlah kewajipan anda..bukankah menunaikan zakat ni menyucikan harta..takmo la kan kita berasa was-was dengan segala hasil titik peluh yang masuk ke poket kita kan.. Yang jadi suami, takkanlah nak bagi family makan dengan hasil yang shubhah pula..same goes to woman..
Cara nak membayar zakat pendapatan ni mudah aje..Pengiraan pun mudah. Ikut je cara kat bawah ni ek:
Contoh:-
Pendapatan sebulan X 12 bulan (1 tahun) X 2.5%
RM2000 X 12 X 2.5% = RM600.00 aje setahun
Tak mampu nak bayar selepuk, boleh juga bayar secara bulanan
RM600 / 12 bulan = RM50.00 aje!!
Ala..takkan RM50.00 sebulan bagi yang bergaji RM2k pun tak mampu...menipu namanya..beli topup rm50 bole, beli tudung harga RM50 bole, pegi makan kat Kenny Roger untuk 2 orang RM50 bole je..pendek kata mampu lah! Berzakat ni kan untuk orang-orang yang MAMPU..Orang-orang yang bergaji bawah RM1k pun boleh aje bayar zakat pendapatan ni..pokok pangkalnya Tepuk dada tanya IMAN..
So, pada yang MAMPU tu, marilah kita sama-sama bukakkan minda dan bersihkan jiwa, meh kita bayar zakat pendapatan pula..Kalau nak citer pasal zakat-zakat yang lain, eden tak pandai sangat..so kite citer mana yang eden dah buat yek!
Nota kaki: Aku nak buat pembayaran zakat melalui potongan gaji..ok tak agak-agaknya? lagi mudah kot..
Selamat berpuasa!!
No comments:
Post a Comment