Menjelangnye hari raya, as usual setiap tahun aku tak perlu risau tentang kuih raya dan yang seangkatan dengannya..dah masuk tahun ke 4, inilah yang ditunggu-tunggu dalam minggu terakhir Ramadhan..HAMPER RAYA!! :)
Ingat masa mula-mula bekerja di KEMAS, terkejut jugak bila dapat berbondong-bondong kuih raya sampai berpuluh-puluh balang..masa tu tahun 2008, belum kawin lagi dan tak ada kereta, so balik kampung dengan bas..jangan korang tak tau, 2 buah beg besar aku bawak balik ke kampung penuh dengan kuih raya je..satu helai baju pun takde, semua kuih belaka.. tu pun ada tinggalkan dengan makcik suh bawak balik Muar nanti (aku duk dengan makcik masa tu..)..Seingat aku masa tu adelah dalam 40 bekas kuih raya + kerepek + kek..belum campur yang beli lagi..huhu..HEAVEN!!
Kuih2 tu semua takdela aku hidangkan semua kat atas meja masa raya..tapi macam kelakar jugaklah meja penuh balang kuih je, tak payah hidang benda lain..so, untuk tahun2 berikutnya, toksah le hidang banyak2 kuih..adelah lebih baik kita sedekahkan pada sedara-mara yang datang..hihi..
Untuk tahun ni pun, sama jugaklah..rezeki melimpah ruah..minggu lepas dah dapat 4 beg penuh kuih raya + kerepek, harini pulak dapat lagi 3 beg dan hamper..ALHAMDULILLAH.. ada 3 hari lagi sebelum jumaat..maknanya penuh jugaklah bonet kete aku disamping barang-barang anakanda terchenta nak disumbat dalam tu..maunye kena sewa lori ni kalau tak muat..huhu..
So, terima kasih kepada Pejabat Kemas Daerah Mersing, Daerah Batu Pahat, Daerah Labis, Daerah Segamat dan lain-lain yang sudi singgah ke bilik I dan menghulur rezeki ini.. I LAP U OLS la...
Ni bukan entry penutup Ramadhan..moga ada lagi entry dalam bulan yang mulia ini..Ok, babai!
No comments:
Post a Comment