Sep 8, 2011

Seronokkah raya itu??

Assalamualaikum...alhamdulillah, boleh tahan juga seronoknya..Hari raya 1&2 kat kampung aku, raya 3&4 kat kampung hubby pastu trus shoot ke putrajaya untuk beraya area kl..boleh tahan penatnya, pastu trus shoot balik jb..gila kentang punya hebat sampaikan anak bujang aku demam2 dek kerana sakan sangat beraya..

Bila dah tamat cuti panjang (seminggu tu kira panjang la jugak..), skarang mood bekerja sudah mari..actually patutnya pergi kerja Isnin tu tapi tetiba pulak anak bujang meragam dari petang sampaila ke malam..ini takleh jadi, memalam buta gak aku dengan emak bawak si bujang gi klinik 24 jam..Mula2 aku memang nak banned Poliklinik P*****r tu sebab masa aku pegi haritu, doktor hampeh tu tak check pun aku, tup2 cakap aku gastrik..bangang btol! Dahla melayang rm55, gi spital doktor lain sahkan aku kena batu hempedu..Nasib baikla masa bawak si bujang aritu doktor lain yang bertugas, lebih elok benar lagi doktor yang bertugas malam tu kawan aku masa kat Matriks, so alhamdulillah..doktor kata anak aku sakit perut je, perut masuk angin..pastu ada sikit2 batuk, light2 demam ngan selsema. Nasib baik tak teruk..

Bila diamati perangai anak bujang ni, lagak dia sebijik macam aku la..tak boleh sakit, lembik satu badan..itu satu hal, yang aku tak tahan, dia punya merengek tu..kejap2 eeeee..kejap2 eeeeee.. aku ni memang alergik sket budak merengek, kalau menangis aku ok lagi..haha! ape daa, anak sendiri pun nak berkira..pastu prangai yang paling sama dengan aku ialah tak suka makan ubat..bole pulak dia puih-puih kan ubat, siap sembur2 lagi..aduyai anak..ubat manis pun takmo. Sejibik cam aku! Haha!!

Takpela, moral of the story pasni, si bujang takleh lewat2 makan lagi..makan kena ontime dan MESTI makan nasi..diulangi MESTI okeh..perut dia jenis tak tahan kalau setakat makan nestum aje..aku memang sparekan nestum bila tak sempat nak masak..nampaknya tak bole la, dia dalam satu hari kena jugak suapkan nasik..hai anak, anak... (nasik tu lembik atau dibuat bubur ye, harap maklum..kang orang ingat aku bagi nasik berlauk lak..:))

Naik2 raya ni, of coz la keje as usual banyak macam selalu.. berita buruk pulak bos amik cuti 2 bulan atas masalah kesihatan..alamatnya makin menimbun la tanggungjawab yang perlu digalas oleh kami bertiga..Bos, cepat2 sembuh ye..kalau boleh jangan la cuti 2 bulan, kita ada macam2 program dalam masa terdekat ni..Program ikhtifal, program Hari Potensi kebangsaan, program Hari Raya, program sukan indoor..pening bos...saya dah malas nak wakilkan bos kesana-sini sebab keje saya pun tak berabis lagi...huhu..

Oklah, kita wait n see je la apa yang bakal berlaku selepas ni..insyaallah aku akan laksanakan tanggungjawab aku semampu yang boleh..Kita akhiri entry ini dengan gambar raya satu family. I loikeeeee!!


Sempoi kan gambar ni?? Hubby siap buat studio untuk amik gamba ni...


nota kaki : SPRM ade datang ofis minggu ni..pasal apa? takde mood untuk bercerita lebih lanjut.. Diorang masih menyiasat..Harap2nya takde apa2la..

Babaiii!!!

No comments: