Jun 22, 2011

Tadaa...! Steam Seabass




Yummy! Dah lama tak buat ikan siakap masak stim ni. Kalau buat versi aku memang main campak je la. Ye, hubby slalu komplen, dah lama tak tengok aku masak, mana nak tengok, dah namanya tak duduk serumah. Jumpa pun 2x sebulan je. Biasa pun mak yang masak sebab mom's dishes is always the best!

Meh la nak share resepi Siakap Stim versi aku:

1 ekor ikan siakap (saiz kecik)
1 cawan air
1 biji asam boi jeruk dalam botol
1/4 kiub ikan bilis
1/2 sudu kecil gula
2 biji cili thai
1 biji bawang putih
1/2 sudu kecil serbuk halia
2 biji limau kasturi
Daun limau purut
Daun bawang
Daun sup

Okeh, semua bahan tu campak je atas ikan dan kukus selama 20 minit. Agak2 rasa kureng tu, ubahsuai la ikut tekak masing2..setiap orang citarasa berbeza kan? Jangan lak komplen ''si dioramour ni konon la masak sedap, aku ikut resepi dia tak sedap pon..'' Memang nak makan slipar la tu.. So pepandai la ikut tembolok masing2..

Alahai, bosannye bila sorang2 camni.. Baby, tunggu mama ek Jumaat ni..nanti kita naik ketebang sesame ye..

Jemput makan semua!

No comments: