May 28, 2011

Nak guna jalan lama Karak? Fikir 10x okeh...

Hai..tengah bersih-bersihkan sawang dalam blog ni..dah seminggu tak hapdet, ape kehalnye..ye la, sejak kuar wad aritu, masuk ofis, keje menimbun, pastu trus gi kursus kat De Rhu Beach Resort, Kuantan..adus..sedih lagi tinggalkan si kecik dengan atuknya..pantang call sket, mesti dia merengek-rengek..cian dia!

Tak nak citer pasal kursus ke ape ke, tapi sebenarnya nak review filem Karak..hehe! tengok tepat-tepat masa tarikh filem tu ditayangkan, 26 Mei 2011. Dah lama betul tak tengok midnite movie (masa tu tengok jam 12.35 am!), thanks kat Kak Anne dan Fendi yang terpaksa mengikut kehendak aku nak tengok crite hantu..Gigih weols gi tengok kat East Coast Mall, Kuantan padahal masa tu tengah berkursus..abis je taklimat kursus jam 10.30mlm, kitorang tido dulu ok, jam 12.00 am baru gerak. Nasib baik tempat kursus dengan mall ni dekat..

So far, untuk crite Karak ni aku bagi 3.5 bintang je..why sikit sangat?? Sebab pada aku tak seram sangat la..memang muka hantu-hantu dalam filem ni menakutkan tapi ntahla..tak feel langsung keseramannya..aku ngantuk kot time tu..haha!

Crita ni mengisahkan 4 orang sahabat yang nak menuju ke Kuantan melalui highway Karak..dalam perjalanan, mereka berdepan dengan jam yang teruk lalu memaksa mereka melalui jalan lama Karak..kat situla bermula babak-babak menakutkan apabila diorang terserempak dengan macam-macam hantu lalu mengakibatkan diorang terlibat dalam kemalangan ngeri. Eksiden tu menyebabkan diorang terperangkap didalam hutan tebal dan terpaksa menginap disebuah rumah lama kepunyaan orang asli. Kat rumah tu la macam-macam peristiwa berlaku..ish, malas la nak citer, panjang sangat nak taip.haha!!

Nak dipendekkan cerita, sebenarnya dalam eksiden tu, 3 daripada 4 orang tu dah mati pun, cuma sorang je yang masih hidup. Rupa-rupanya yang sorang tu la survive diri dia berdepan dengan hantu-hantu yang ekstrim wajahnya, cuma dia je yang tak sedar. Moral of the story yang KRU cuba nak sampaikan adalah, kita sebagai orang Islam kena faham baris-baris ayat dalam al-Quran dan memahaminya, bukan hanya pandai menghafal saje tanpa mengetahui makna ayat-ayat tersebut. Sebab ayat-ayat al-Quran la menjadi pendinding kita daripada gangguan syaitan..owh, masa babak budak tu berdepan dengan hantu-hantu tu sambil baca ayat kursi je scene yang aku takut dan insaf..ye la, cuba bayangkan kalau kita melalui situasi yang sama, ape kita nak buat ye...

Alamak, aku rasa review yang aku buat ni bila baca berulang kali, macam berterabur je..ah, lantak!! janji aku faham..haha!! so pada yang nak tengok sangat-sangat cerita ni (especially hubby aku), silelah ke panggung kalau nak tau cerita ni sedap ke tak..bole la, kalau-kalau nak menatap wajah shahir AF yang hensem tu..kilafairy tu dalam cerita ni gedik ya amat, rasa nak sekeh-sekeh je..ezyendy ok la, sebenarnya dia paling ok berlakun tapi muke dia tak komersial..dan lastly sheera ayob (pengacara whi), hanya so-so saja, dia aje yang terselamat, so babak last tu memang meremang..huhu.

dah-dah, jangan kutuk review aku ni, pi je panggung..kalau tak nak tengok crite antu, gi tengok kungfu panda pastu cerita kat aku balik ek..aku nak tengok yang tu sebenarnya..:) ngeeeehhhh!!

babai!!

May 19, 2011

Ujian tuhan


Salam readers..aku bersiaran dari katil hospital. Dah 3hari pun. Sakit apa? Batu dalam hempedu.. Siapa sangka kesakitan yang aku sangka gastric pain diikuti dengan jaundice rupa2nya adalah simptom penyakit ni. Mungkin ada hikmah disebalik kejadian yang berlaku. Aku redha tapi apa yang aku harapkan agar penyakit ini dapat diubati.. Tapi apa yang tak sedap didengar, boleh diubati dengan cara pembedahan saja jika serius. Seriau aku dengar! Mau tebuk lubang pada perut mana tak seriau??
Sampel darah dah diambil buat kali ke-3 pagi tadi. If kandungan bilirubin dalam darah berkurangan, aku bole balik tapi still kena folow up dengan antibiotics dan further medical inspection. If kandungan bertambah,maka bersedialah untuk ditebuk lubangnya..aduhhh.. Harap2 berita baik la yang aku terima,not bad news.
Patutnya sekarang ni aku sedang berkursus kat Melaka tapi berkursus kat hospital jadinya..jadi untuk para wanita diluar sana,if sakit2 perut, gastric, diikuti dengan tanda2 seperti mata kekuningan, fever, perubahan warna pada air kencing dan najis, cepat2lah ke hospital. Jangan suka bertangguh kerana kita tau perempuan ni kalau sakit2 sekitar perut, selalu ambil endah x endah kan?
Mencegah lebih baik dari mengubati.. Doakan saya ya!

May 12, 2011

Lampin Mesra Alam Semesta


Assalamualaikum..hari ini sangat stress okay..pepagi lagi dah kena amukan Drakula..geramnye.. Sabar2..Kalau tak sabar, maunya aku lari balik rumah tadi..

Now dah ok dah. Malas nak fikir lagi..Cakap ke, komplen ke, marah ke dah tak ada gunanya kalau dah tau perangai dia macam tu..Tapi ape kena-mengena luahan perasaan ni dengan tajuk di atas? Takde sangkut-paut langsung..hehe! Bercakap soal Cloth Diapers (CD), aku rasa dah ramai ibu-ibu kat Malaysia ni dah gunakan CD sejak lama dulu..cuma aku je baru tergerak hati nak menggunakannya..CD tu ape? Kalau nak tau dengan lebih details dan terperinci, sila terjah laman sesawang INI.


gambar ihsan en Google


CD ni memang ade macam2 brand dan range harga adalah sekita RM30 - RM90 untuk sekeping CD..Mak aih, dengar macam mahal kan? Meh kita buat kalkulator:

Lampin pakai buang Mamy Poko saiz S RM48.00++ satu pek ada 72keping.
Satu keping jatuh harga 67 sen.
Anak aku pakai paling banyak 6 keping sehari, so sehari 6 x 67 sen = RM 4.02
So satu pek itu hanya tahan untuk 12 hari.
Kalau sebulan perlu 3 pek, so RM48.00 x 3 = RM 144.00
Kalau setahun RM 144.00 x 12 = RM 1,728.00 hanya untuk membeli benda pakai buang ini saja...huhu, buang duit sungguh!

Meh kita kira harga CD lak, misal kata kita beli yang paling mahal iaitu RM90 sekeping. (Kalau beli yang murah, lagi sikitla ongkosnya ye)
Oleh sebab CD ni tahan untuk jangkamasa yang lama, lets say kita guna 3 keping sehari, so RM90 x 3 = RM270
Kalau kita anggarkan kita guna hari ini (3 keping), esok basuh, hari berikutnya guna yang baru (3 keping lagi), dan spare 4 keping lagi untuk kecemasan (cuaca hujan CD tak sempat kering @ baby kena berak2, asik kena tukar CD) so keperluan CD untuk kegunaan sehingga umur anak 3 tahun:
RM90 x 10 keping = RM 900.00 SAHAJA!!

Nampak murah pulak kan? Cuma kalau nak keluar duit selepuk RM 900 memang agak sakit la.. So, buat permulaan ni, aku try untuk gunakan pada waktu malam aje dulu. Dah serasi esok baru aku tambah lagi pembelian CD ni. Lepas ni nak cari kedai yang jual package la, dapat murah sikit. Then nak belajar selok belok penjagaan CD ni..selama ni aku main taram je. Nak kena jugak ambil tau camne nak basuh dan sidai dengan betul, bila masa insert CD tu expired, produk sabun yang sesuai untuk basuh..cuma ye la, yang tak tahannya kena basuh tu..buatnye die berak kesan taiknya tu tak nak hilang, leceh gak..tapi takpe, demi anak, kena bersabar ye..setakat basuh taik tu, apela sangat..ececeh!

So, untuk jaga keseimbangan bumi dengan mengurangkan pencemaran, mehla kita cuba untuk gunakan CD ni..harap2 aku berjaya la..ye la, zaman makin maju, kos kehidupan makin tinggi, kehendak vs keperluan makin melampau (ye la, dah elok2 ko makan nasi campur setiap hari, tetiba 3 kali sehari ko nak makan KFC, ape kejadahnye?), tapi gaji kakitangan masih juga di takuk lama...takkan nak buat bisnes pulak..

Korang, dah cuba ke guna CD ni? Share la maklumat2 berguna, dapat jugak pahala..hehe! Dah, babai, gue nak gi makan..

May 8, 2011

Ucapkan rasa sayang sempena Hari Ibu di TGI Friday

Selamat Hari Ibu untuk semua para ibu yang membaca blog ni..just some random pics sempena Hari Ibu yang disambut pada Hari ini..Aku bawa emak pergi makan di TGI Friday..ye, pada mulanya ada timbul keraguan tentang tempat makan ni, tapi kita sebagai umat Islam kena yakin dengan sesuatu yang kita makan..dan yang penting, jangan silap membuat pilihan.

Aku rasa aku tak buat keputusan yang silap..sempena Hari Ibu ini, TGI telah memberikan diskaun istimewa untuk semua para ibu yang makan disana..tak caye? Meh tengok ni..



Nampak tak ape yang ditulis tu? Yes, TGI will give a discount on mom's main dish according to mom's age..wah..untung den..dah la bawak emak dapat diskaun 63% (ye, umo mak 63) dan untuk diri sendiri 28% (nasib baik aku bawak anak bujang..)..ape lagi meh order steak..Kami pilih Parmesan-Crusted Chicken Quesadillas dan Clam Chowder sebagai appetizer dan main course adelah Tennessee Steak..ayor Mango dan Tembikai serta dessert Friday's Sundae. Gilo bunyinye macam banyak sangat makan, tapi aku berkongsi dengan emak..



abis dah, lupe nak snap gambo awal2..



ni dia Friday's Sundae..besau giler!!



Emak happy...



Saya pun happy tapi muke macam sememeh je..huhu!

Bagaimana anda meraikan Hari Ibu anda? Ok semua, pada yang membaca post ini hari ini, meh cepat gi TGI Friday..bawak emak/ibu/mama/mummy kamu okeh..jumlah semua sekali dah ditolak discount cuma RM108 sahaja..murah kan/ nasib baik...

Ok, dah...babai!

May 7, 2011

Mama, you know i love you..

Hari Ibu atau Mother’s Day? Bila sebenarnya tarikh Hari Ibu ni? Ada yang mengatakan hari ibu jatuh pada 8 Mei dan ada pulak kata 10 Mei..ntahlah..sebab aku pun tak pernah meraikan Hari Ibu ni secara umumnya..pada aku as long kita sayangkan emak kita, kita patut meraikan hari Ibu tiap-tiap hari..dan bila dah berkahwin ni, sayangilah mak mertua jugak ye..jangan pilih-pilih kasih..


Tapi tahun ni, aku bawak emak duduk dengan aku..dan yang paling bermakna lagi, aku jugak seorang ibu..jadi, secara tak langsung hati ni macam melonjak-lonjak nak sambut hari ibu bersama emak..ye la, adik beradik semua dah besar, suami pulak jauh, dah tentunya aku sambut dengan emak je la gamaknya..so, apa plannya ye?


Of cozla, nak bawak emak pergi makan..mak suka western food so tengah online nak cari tempat makan menarik kat area JB ni yang ada tempat makan fully western..tapi macam takde je..huhu..tunggula aku update lagi, maybe selepas sambutan Hari Ibu yang akan aku raikan esok.

Ok, dah..babai! Selamat Hari Ibu kepada semua ibu-ibu di dunia..Syurga itu ditelapak kaki ibu..I Love U Mom!!

p/s: Selamat Hari Ibu jugak untuk diri sendiri..hubby, cepat wish saya!!



ini emak saya


ini saya

May 6, 2011

Sejuknya dadih..



Salam semua..aku kat Tutti Frutti sekarang ni..almaklum sajalah,hari jumaat,xtau nk buat apa,jauh aku merantau sampai ke sini. Hajatnya nak pegi butik Fabulous Mom kat seblah kedai ni tapi ada anjing gedabak tunggu kat tangga kedai ni. Hampeh betol! Dah la busuk,nasib baik aku terperasan, kalau tak tak pasal2 kena samak. Haha! So pekena dulu tutti frutti yang sodap benar ni.. Aku amik perasa peach dengan topping buah2an. Ye, pada sape2 yang tak tau, harga eskrem ni ikut gram, topping ko bole letak banyak mana ko nak,tapi merasalah bangkrup pastu.. Total aku kena tadi rm12. Pergh..parak! Nasib baik tak tamak tadi..



100 gm = rm 5.30 ye..harap maklum, jangan tamak-tamak!



it's mine..haha, tamak!!



kasi close-up sket..terliur tak??



berjaya habiskan satu mangkuk besau


Oklah, aku nak tengok ada lagi tak penunggu anjing tu,kalau tak alamatnya balik ofis je la pasni.. Huhu! Dah, babai.

Update:

Berjaya gak pegi butik fabulous Mom tadi..tapi apa yang dicari sudah out of stock..hampa hatiku..huhu!! Tapi rembat jugakla 1 set of cloth diapers..nak ajar adib guna yang ni, mana tau serasi dah tak payah beli pampers..jimat duit haku.

Ok, babai lagi!!