Sep 29, 2011

Makanan penambat selera anak

Ntah ape2 tajuk
Last week, seperti biasa aku akan hantar anak buat routine check up kat klinik, prosedur biasa, tanya gitu gini, check berat anak, tup-tup misi tu cakap; "Puan, anak puan ni graf berat dia lagi sikit nak ke underweight..kalau next month tak naik-naik jugak, bahaya puan"..Aisy..camne ni. Rasanya aku dah banyak bagi makanan berkhasiat, tapi kalau nak ikut genetik, memangla anak aku ni menjurus ke arah kurus dan tinggi..susah kot nak nampak gemuk.

Dalam banyak2 benda, keperluan anaklah yang paling aku utamakan..especially makanan dia..stok makanan tu sentiasa ada..tengok ni:-



berbotol-botol aku beli..yang ni untuk minum petang la konon-kononnya..tak rajin kot nak blend macam2..contoh yang Pear, Mangga dan Nenas tu, takkan aku nak beli banyak2 lak kan? haha..!



Susu macam biaselah, anmum..tak tukar brand lain lagi, mak aku marah benar kalau aku tukar2 susu budak tecit ni..nestle cerelac jugak makanan di kala kecemasan..maklum ajelah, aku ni travelling mom, kejap2 outstation, kejap2 gi situ, gi sini, benda2 ni senang je, bancuh dengan air panas..siap! Pasta for baby tu kalau rajin baru buat kot..ye lah, si kecik tu memangla dah ada gigi tapi tang kunyah-mengunyah masih belum pro lagi.

Makanan dia everyday basically adelah bubur carrot & ayam..buh la daun sup sket, daun bawang sket..siap. Oleh sebab dah nak ke underweight ni, so kita bagi extra tambahan zat iaitu:



Hambik ko..setiap pagi sebiji telur separuh masak..kalah atlit nak oiii..untuk membina otot2 agar lebih pejal..so takdelah nampak kuwus sangat ye.



Yep, ini my fevret..keju atau nama glemernya cheese..untuk kekuatan tulang si kecik..tapi malangnya dia tak brape gemor, so adelah lebih baik maknye makan bersama roti..haha!


last but not least, pisang..makanan tambahan lagi..ye la kadang2 si kecik ni selalu aje rasa tak cukup..makanan sedap sikit, kalau dah habis, menangis2 dia..so, alternatifnya memang kita sumbat dengan pisang ye puan-puan sekelian..

so, tang mana yang anak aku boleh tak tambah berat badan ni..habaq mai??

oklah, babai!

1 comment:

Unknown said...

tul juga, takkan abah dia kurus ank dia pun nak kurus gak kan.. semoga ank sulung ku ini membesar dengan sehat.:D