Aug 26, 2011

ucapan SELAMAT HARI RAYA dariku di opisss..


Muke tak bole blah..boring sebenarnya menunggu waktu balik jam 4.30ptg..Semua dah balik, aku dengan orang yang tak balik kampung je masih berada di opis..

Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan Salam Aidilfitri buat semua umat islam yang membaca blog ini..buat yang mengenali diri ini, I'm Sorry..Maafkan segala kekhilafanku.. sob!sob!...

Sesiapa yang balik sesudah subuh esok, jom konvoi!!

Babai!

Aug 25, 2011

Kesian dia..


Beg yang dihadiahkan oleh abang aku masa dia ke London..Brand Clarks kalau tak silap aku..leather pun tak tahan lama kan? Menggelupas abis kulit dia..actually hati ni teringin sangat nak rembat satu beg baru tapi at the same time, rasa kedekut pun ade mengenangkan banyak lagi benda2 penting yang perlu menggunakan duit..


Kalau beli yang ni....aci tak??
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v



haha..tak hagak-hagak..nak Coach jugak.. aku tengok semua orang skang galoks membeli brand nie..murah bebenor ke? Gulps..boleh la tahan kalau nak merasa branded item..nak rembat Gucci ke, LV ke, macam hampeh la pulak, padahal ko bukan anak orang berada pun..setakat keje gomen kan..haha! Orang kata nak membeli handbeg ni ikutla perwatakan dan kemampuan diri..jangan orang nak beli designer handbag, ko pun nak walaupun Petaling Street mali.. Beg takmo kalah, padahal dalam wallet tak sampai seploh hengget kan? Sama kes jugak dengan enset ribu-riban, tapi apedekes, pakai topup??topup pun 30hengget sebulan?? Ini pengamatan aku la sebab ada yang aku kenal spesies macam ni..

Kalau hubby aku baca nie, die perkenan tak kalau aku beli ni? bukan untuk raya la, ni nak tunggu duit kutu mali..hehe.. B, boleh tak ni? rm800 kot..hahahaha! baik bayo payment kete aku bulan2...

Oklah, tak salah kan menyimpan angan2? Korang doakanlah agar aku terbukak hati nak beli hendbeg memahal camni..okla, babai!

Aug 23, 2011

Inilah Yang Aku Suka Bila Tiba Hari Raya...

Assalamualaikum..yes, hari ini hari ke 23 kita berpuasa..Alhamdulillah jugak, aku pun masih lagi berpuasa penuh tanpa menunjukkan apa2 tanda 'bendera merah' akan muncul..Kalau tak muncul seriau gak..manalah tau, kot2 ade yang 'melekat'..whoopsss..

Menjelangnye hari raya, as usual setiap tahun aku tak perlu risau tentang kuih raya dan yang seangkatan dengannya..dah masuk tahun ke 4, inilah yang ditunggu-tunggu dalam minggu terakhir Ramadhan..HAMPER RAYA!! :)

Ingat masa mula-mula bekerja di KEMAS, terkejut jugak bila dapat berbondong-bondong kuih raya sampai berpuluh-puluh balang..masa tu tahun 2008, belum kawin lagi dan tak ada kereta, so balik kampung dengan bas..jangan korang tak tau, 2 buah beg besar aku bawak balik ke kampung penuh dengan kuih raya je..satu helai baju pun takde, semua kuih belaka.. tu pun ada tinggalkan dengan makcik suh bawak balik Muar nanti (aku duk dengan makcik masa tu..)..Seingat aku masa tu adelah dalam 40 bekas kuih raya + kerepek + kek..belum campur yang beli lagi..huhu..HEAVEN!!

Kuih2 tu semua takdela aku hidangkan semua kat atas meja masa raya..tapi macam kelakar jugaklah meja penuh balang kuih je, tak payah hidang benda lain..so, untuk tahun2 berikutnya, toksah le hidang banyak2 kuih..adelah lebih baik kita sedekahkan pada sedara-mara yang datang..hihi..








Untuk tahun ni pun, sama jugaklah..rezeki melimpah ruah..minggu lepas dah dapat 4 beg penuh kuih raya + kerepek, harini pulak dapat lagi 3 beg dan hamper..ALHAMDULILLAH.. ada 3 hari lagi sebelum jumaat..maknanya penuh jugaklah bonet kete aku disamping barang-barang anakanda terchenta nak disumbat dalam tu..maunye kena sewa lori ni kalau tak muat..huhu..

So, terima kasih kepada Pejabat Kemas Daerah Mersing, Daerah Batu Pahat, Daerah Labis, Daerah Segamat dan lain-lain yang sudi singgah ke bilik I dan menghulur rezeki ini.. I LAP U OLS la...

Ni bukan entry penutup Ramadhan..moga ada lagi entry dalam bulan yang mulia ini..Ok, babai!


Aug 16, 2011

Sucikanlah hartamu

gambar dari Google

Sebut pasal bulan Ramadhan, semua orang hanya berfikir pasal Puasa je..tapi macamana pulak dengan zakat? Alhamdulillah, setakat ni hubby telah pun melaksanakan kewajipannya membayar zakat Fitrah, tapi aku yakin ramai lagi manusia di luar sana yang masih lagi belum bayar kan? Jadi ape tunggu lagi?

Tapi pernah tak korang membayar zakat selain daripada zakat Fitrah? Ade yang tak pernah ni..
Zakat Gaji dan Pendapatan adalah segala jenis hasil pendapatan atau pulangan sebagai balasan perkhidmatan yang berupa gaji, upah, bonus, dividen, hasil sewaan, royalti, hibah, elaun, honorarium, pampasan, pencen, perniagaan bermusim dan lain-lain bentuk perolehan semasa hidup, bersara atau mati dan apa jua pendapatan berdasarkan kerjaya atau sebagai ahli profesional (sumber dari website PPZ WP)

gambar dari Google

Rasanya, kebanyakan pembaca blog nie semuanya berkerjaya kan? Jadi, tunaikanlah kewajipan anda..bukankah menunaikan zakat ni menyucikan harta..takmo la kan kita berasa was-was dengan segala hasil titik peluh yang masuk ke poket kita kan.. Yang jadi suami, takkanlah nak bagi family makan dengan hasil yang shubhah pula..same goes to woman..

Cara nak membayar zakat pendapatan ni mudah aje..Pengiraan pun mudah. Ikut je cara kat bawah ni ek:

Contoh:-
Pendapatan sebulan X 12 bulan (1 tahun) X 2.5%
RM2000 X 12 X 2.5% = RM600.00 aje setahun

Tak mampu nak bayar selepuk, boleh juga bayar secara bulanan

RM600 / 12 bulan = RM50.00 aje!!

Ala..takkan RM50.00 sebulan bagi yang bergaji RM2k pun tak mampu...menipu namanya..beli topup rm50 bole, beli tudung harga RM50 bole, pegi makan kat Kenny Roger untuk 2 orang RM50 bole je..pendek kata mampu lah! Berzakat ni kan untuk orang-orang yang MAMPU..Orang-orang yang bergaji bawah RM1k pun boleh aje bayar zakat pendapatan ni..pokok pangkalnya Tepuk dada tanya IMAN..

So, pada yang MAMPU tu, marilah kita sama-sama bukakkan minda dan bersihkan jiwa, meh kita bayar zakat pendapatan pula..Kalau nak citer pasal zakat-zakat yang lain, eden tak pandai sangat..so kite citer mana yang eden dah buat yek!

Nota kaki: Aku nak buat pembayaran zakat melalui potongan gaji..ok tak agak-agaknya? lagi mudah kot..

Selamat berpuasa!!



Siap akhirnya


Akhirnya, inilah kad raya yang ditunggu-tunggu..sangat eksklusif..mana ada kad raya di dunia ni buh gamba bebanyak camni?? Haha!!

Walau apepun, TERBAIK WOKKKKK!!


Aug 10, 2011

The making of....Kad raya jabatan

Aish..harini bosan tahap melampau la pulak..sejak bulan puasa ni bersemangat betul buat kerja, terus siapkan laju-laju..thats why bila keje dah habis taktau nak buat apa..nak melayan facebook pun asyik orang yang sama update, pastu bende remeh temeh pun nak post. Kalau boleh apa yang terlintas dalam kepala otak semua dia nak tulis..Ntahapehapentah..@&$#%^+22$%^)1

Oh, nak cerita pasal the making of kad raya jabatan..wah-wah, 1st time jabatan aku terniat nak buat kad raya..selama ni melangut je tengok kad raya jabatan orang lain, tak pun staf-staf daerah punya kad..Bulan puasa semangat seh! Kami pun berjanji-janjila nak pakai baju ape, warna apa bagai..meriahla jugak tapi malangnya tak ambil gambar ramai2 lak..cemmana la tak teringat..

Jabatan aku ada 4 unit besar, 3 unit kecik..Unit yang kecik2 ni kesian, tak dapat nak bagi komitmen sangat..2 daripada unit kecik tu aku yang handle, unit aset dan unit pembangunan, so tak kesahlaaa..Meh sini aku tayang sket "adik-beradik" dalam Jabatan aku..



Unit Pengurusan - Kepala dia si Zamri..yang lain2 anak buahla..nasib korangla dapat bos muda2 macam kitorang ni yek..hehe!



Unit Kewangan - Kepalanya tak lain tak bukan, TuanPunya Blog nie..satu je teruna ada..ni la penyelamat unit sebab dia yang paling lama dok dalam unit ni sampai KepalaDiaDahBengongAsyikNakMintakTukar je...tapi unit kitorang memang best! (walaupun pakaian masa ni orang cakap macam nak berkabung..huhu)



Unit Operasi 1 - Ketuanya takde jadi anak-anak buah boleh bersuka-ria berposing yek..


Unit Operasi 2 - Kepalanya si Zamri lagi..almaklumla kat Jabatan aku ni sorang pegawai pegang 2-3 jawatan..tu yang aku selalu komplen aku banyak keje tu (si Zamri ni tak banyak kejenye, asyikla ngacau aku buat keje, malas nak layan..) Dan unit ni la paling havoc sekali..kira penceria suasana la.

Ekceli ramai gak yang tak ada masa ni..ada yang mc, ada yang taknak amik port dan ade yang saje tak nak amik gambar..ngade2 kan?Bos aku takde gamba ke? Takyah la expose, kang tak leh tido malam lak bos aku tu..haha!

Nanti gamba kad yang dah siap aku tunjuk ye..Selamat Berpuasa!!



Aug 8, 2011

Lelong-lelong..

Saya ingin menjual majalah-majalah berikut untuk mengurangkan kesesakan wardrobe/laci/almari/rak saya..berminat bole emel saya ye. Semua majalah adalah dari tahun 2010. Masih baru dan bau kedai..Thanks!


Jelita - RM3.00/each. 1 set (Jan-Dec) - RM35.00



Flavours - RM4.00/each. 1 set (Jan-Dec) - RM20.00




Newman - RM3.00/each. 1 set (Jan-Dec) - RM35.00

Sila tambah RM20.00 untuk penghantaran melalui pos (bagi Majalah Jelita dan Newman sahaja) dan RM10.00 bagi Majalah Flavours.
Beli secara set lebih menjimatkan..kalau nak satu issue sahaja, sila tambah RM7.00 untuk penghantaran melalui pos.
Kalau nak ambil by hand, sila hubungi saya untuk lebih lanjut.

TQ & Babai!!

Aug 5, 2011

Wajah kesayangan hamba

Alahai anak..comelnya engkau..sape lagi nak puji anak sendiri kan? Biasela, mak-mak ni anak die la yang paling comel..anak aku ni aku rasa lebih iras ikut genetik suami kot..yang dapat genetik aku cuma mata dan warna kulit aje..alhamdulillah..

Here some pics of my luvly boyfren:







Dah masuk 4 hari berpuasa..nak berbuka juadah apa ye hari ni?

Ok, babai!