Jun 22, 2011

Tadaa...! Steam Seabass




Yummy! Dah lama tak buat ikan siakap masak stim ni. Kalau buat versi aku memang main campak je la. Ye, hubby slalu komplen, dah lama tak tengok aku masak, mana nak tengok, dah namanya tak duduk serumah. Jumpa pun 2x sebulan je. Biasa pun mak yang masak sebab mom's dishes is always the best!

Meh la nak share resepi Siakap Stim versi aku:

1 ekor ikan siakap (saiz kecik)
1 cawan air
1 biji asam boi jeruk dalam botol
1/4 kiub ikan bilis
1/2 sudu kecil gula
2 biji cili thai
1 biji bawang putih
1/2 sudu kecil serbuk halia
2 biji limau kasturi
Daun limau purut
Daun bawang
Daun sup

Okeh, semua bahan tu campak je atas ikan dan kukus selama 20 minit. Agak2 rasa kureng tu, ubahsuai la ikut tekak masing2..setiap orang citarasa berbeza kan? Jangan lak komplen ''si dioramour ni konon la masak sedap, aku ikut resepi dia tak sedap pon..'' Memang nak makan slipar la tu.. So pepandai la ikut tembolok masing2..

Alahai, bosannye bila sorang2 camni.. Baby, tunggu mama ek Jumaat ni..nanti kita naik ketebang sesame ye..

Jemput makan semua!

Wordless Wednesday v.2


Smoga tidak berulang lagi..

Jun 17, 2011

Romantika De Amorr..

Salam hari Jumaat..sebagai mengelakkan poket menjadi tipis dan mengelakkan nafsu bershopping bermaharajalela, aku duduk terperap saje kat ofis..it's boringgggg!! Marilah kita sama-sama menghayati lagu romantis sepanjang zaman..hehe! Takdela romantis mana pun, tapi kalau nak tangkap syahdu ke, agak-agak takleh tido, boleh je kalau korang dengar lagu-lagu macam ni..Aku share some videos dan lagu-lagu yang aku suka disini. Hope korang enjoy!!



Ini lagu Marcell..aku tak minat sangat dia tapi aku suka dengar kelunakkan suara dia..dia beragama kristian tapi kawin dengan pelakon dari singapore (ntah sape nama, lupa) yang beragama islam..cenggane tu?? Ayoo, semua lagu marcell bole tangkap lentok la..tak caye gi je Youtube, taip Marcell..huhu!



Next is Afgan...ini lagi satu lagu stok2 syahdu..aku just minat je suara2 artis seberang ni tapi i'm not kipas-susah-mati diorang ek..layan je la, best! Dah la muka kiut, macam budak skema je..hehe!




Yeah..lagu ni bukan stok2 romantis, tapi stok2 sedih..sesuai jugak kalau nak dibawak tido..aku start suka lagu ni masa Ct Nurhaliza nyanyi masa konsert Sudirman dulu..walaupun sedih tapi romantis jugak liriknya..Sob!Sob! Tetiba sedih lak...



The latest..Tanpamu tajuk dia..artis tu idok le ku kenal, just suka keromantisan (wujud ke perkataan ni? belasah!) lagu ni.. Nak-nak lagi kalau sambil tengok movie Nur Kasih tu..huhu..(bile la DVD nyer nak kuar ni...)

Adui, banyak sebenarnya lagu yang aku suka, just share sikitla..Kalau korang ade lagu-lagu romantis yang nak disharekan, just comment ye..Aku ni takdela jiwang pun, just nak cari stok2 lagu untuk dibawak tido..hehe!

Semoga Jumaat kita diberkati..Assalamualaikum..

Jun 15, 2011

Wordless wednesday



Me & You = Our son

May Allah blessed our family..

Jun 9, 2011

Ade jual tak enpon cap katak??

I really need a brand new handphone...
Tak perlu touchscreen, android ke bagai..
Cukuplah boleh call, sms dengan laju dan boleh capture gambar dan video dengan baik..
Any suggestion??

Puihhhh..konon taknak touchscreen, android ke hape semua tu.. tapi dah list down siap-siap, handphone yang menjadi pilihan:






Satu je pilihan aku memandangkan yang lain harganya mahal sangat..tak mampu den membelinyo. Yang ni range dalam RM600-RM800 kowt..malas nak survey banyak-banyak.

Tapi kalau en. suami belikan ape brand sekalipun , aku terima je asalkan handphone tu tak buat hal..malu dah skarang nak jawab call ke, call orang ke, pastu mesti terputus talian..dengan bos aku dah kena banyak kali dah..banyak urgent call sangkut gara-gara handphone ter'off' dengan sendirinya..inactive simcard la, memory card not supported la..abis gambo-gambo dalam enset ilang..menci! menci!

Urghhh...tension la! Makan lagi baik..Babai!



p/s : dapat enpon cap katak pun jadi la...

Jun 1, 2011

New hair cut - macho!



Budak kecik ni telah dibotakkan..hehe..actually bukanle botak sangat, just trim out je rambut dia. Rambut bergulung-gulung cam pempuan, pastu kat bahagian belakang pula masih tak tumbuh-tumbuh, tu yang trim tu..so now dah nampak makin macho + lagi cheeky..


So now, my baby turns 6 months old.. Patutnya time ni baru bagi solid food kat dia, tapi tau je la baby boy kuat makan, time 5 bulan aku dah bagi dah..haha! mesti mommy-mommy yang baca post ni marah kan bagi anak solid food awal sangat..aku rasa ok la kot, lagi pun bukan bagi bubur nasi pun, just bagi biskut farley rusk tu dengan buah-buahan..so far, penghadaman dia baik je, takde masalah yang serius.

Teringin gak nak buat resepi bubur-bubur nasi yang sesuai untuk baby tapi mak aku prefer bagi buah-buahan macam mangga, pisang, pear dan buah-buahan lain yang lembut..aritu aku try buah naga merah tu bagi, pergh...poo-poo dia warna merah!! seriau lak tengok..takleh bagi la buah naga tu banyak-banyak. Seram!

Buah apa lagi ek yang elok untuk baby? Ada kata avocado, tapi aku sendiri pun tak lalu dengan avocado tu..rasa macam mentega je..or, should i try bubur nasi dah? bubuh ape yang sedap ek? nyum-nyum...(tetiba aku lak yang terliur, apekehalnye yob!)

Patut crite bab new hair cut je, dah melalut bab makanan lak..ok, babai!