Selamat tahun baru kepada semua readers..Diam tak diam dah masuk hari ke 10 kita dalam tahun hijrah dan hari ke 7 dalam tahun masihi..Semoga tahun baru ini memberi seribu keberkatan dan amalan kita bertambah dari masa ke semasa.
Apa azam tahun baru aku? Hmmm..azam takkan pernah tercapai kalau kita tak berusaha ke arahnya. Tahun ni insyaallah aku nak tingkatkan lagi prestasi kerja aku dan membahagiakan orang-orang yang tersayang..huhu..Kalau nak diikutkan maunye berderet-deret list azam aku untuk tahun ni tapi org kata biarlah sikit2 dulu, kang yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran..Yang penting ape yang aku nak buat tahun ni adalah LEBIH dan LEBIH BAIK dari tahun sebelumnya.
Permulaan tahun baru ni, kerja yang menanti pun berlambak2..Nak mengejar dateline penutupan AKB, siapkan SKT, rearrange schedule untuk kursus, pemantauan, meeting etc.. Takpelah, ini satu cabaran, aku pun baru je keje, memang tak terkejar nak buat semua dengan perfect. Harap2nya semua berjalan dengan lancar. Bos tengah takde ni takdela tertekan sangat, kite pun leh buat keje dengan aman..(sambil2 tu leh mula balik update blog. Hehe..:))
Teringat pulak zaman2 dulu masa kerja di HQ (tak kiralah HQ mana pun..) Keje di HQ mudah, sebab ramai bos di atas kita. Kita tak buat kerja pun, ramai yang bole backup, takpun tolong. Maaf kalau pandangan aku ni salah, tapi sepanjang pengalaman yang aku kutip dulu, begitulah nampaknya. Everybody take it for granted, semuanya nak buat kerja yang mudah, tapi gaji nak naik, cuti nak banyak. Lain pula situasi kerja di negeri or jabatan2 kecil, keje tak surut2, lepas satu, satu kerja menanti. Itu belum kira kalau buat OT, kerja luar dsb.. Beban bertambah, sume ko kena buat dan ambil tahu. Rasanya lebih berbaloi penat lelah kerja di peringkat negeri or jabatan kecil berbanding kerja di HQ. banyak pengalaman dan pengetahuan yang dapat aku kutip. Tak salah kiranya kalau aku cakap, tiada istilah “makan gaji buta”. Maybe….hehehehe..
Bebel banyak2 pun tak guna, nanti takde org yang nak baca. Kang salah cakap ramai pulak yg terasa hati walaupun kita tak mention secara detail pun..Lantak korang lah nak kerja apa pun, yang penting ikhlas dan berintegriti. Kalo berusaha lebih, dapatlah hasilnya. Takkan selama2 nak berada ditakuk yang lama. Teringat kata2 seorang penjawat awam (pangkat tinggi) yang aku kenali.. “Ala..buat ape keje penat2 tapi gaji still tahap tu aje..” Terkedu aku dengar. Seolah2 tidak pernah syukur dengan apa yang dia perolehi dan maybe dia tak ikhlas buat kerja lebih dari yang sepatutnya seblom nie. Hmmm…apa pendapat korang?? Lu pikirlah sendiri ek..:)
SELAMAT TAHUN BARU SEMUA!! Nanti aku post crite lagi.. Crite tahun 2008 banyak yg aku dah lupa. Kita buka crita baru ek..Daa!!
No comments:
Post a Comment