Jan 19, 2009

Pikir sendiri la..

Actually aku tengah takde mood. Macam2 masalah berlaku dengan kerja aku ni. Preasure tak abis2. Aku rasa moody sangat2. Benci2..!!

Doakanlah aku tabah menghadapi urusan kerja aku sehari2 ni..Aku cam dah tak mampu dah rasanya..

Tapi, dalam duka ada suka jugak.. Buah hati aku telah selamat dirasmikan dengan jayanya..huhu!!

Jan 9, 2009

Ni cite baru..hehe!

Gambar2 ni di ambil masa penyerahan projek KOMTA haritu.. Tapi benci sebab aku nampak gemuk gile dalam semua pic. Adakah aku telah membesar dengan sihat?? Hahaha.. Aku memang nampak cantik (ceh, perasan..) dalam baju pink, tapi ape guna nampak cantik kalo badan kembang macam tu..huhu...
Layan pic je la, malas nak cite..

pi mana2 mesti aku sorang je pempuan..

terimalah kunci rumah ni ek..simbolik katanya..

bergambar kenang-kenangan di KOMTA yang cantik dan serba indah

simbolik lagi..tanam pokok. Nanti aku datang lagi, dah besar agaknya pokok nie..
Tu je la cite aku. Jadik bos ni kadang2 best, kadang2 tak best. Best bile ada program2 macam ni pastu ada makan2..Wakakakaka!!! Manalah badan tak naik.. (^_^)

cite lama..

Kejadian ni berlaku sekitar november lepas..Bagi orang2 yang keje sekitar ofis aku ni, diorang dah biasa dengan bencana alam macam ni. Tahun 2008 alhamdulillah, banjir tak seburuk seperti2 tahun2 sebelumnya.


ni je pic yang sempat aku snap waktu tu....

Aku tak ingat tarikh kejadian tu. Maklumla cite dah basi. Memang tak dijangka akan hujan dengan lebatnya pada masa tu. Kalo tak silap hujan cuma dalam masa 1/2jam je, tup2 air dah naik. Hati aku memang dah terdetik masa tu, mesti air akan naik. Nah, betul sangkaan aku.. Apelagi, yang bawak transport sume berpusu2 balik dengan selambenye. Dengan alasan nak menyelamatkan kereta masing2. Aku pun tak terkata ape dah, biarlah mereka balik, daripada duk di ofis tapi hati masing2 tak tenang
Nasib baik musibah tu cuma berlaku sekejap je. By the time kul 5 ptg waktu aku nak balik, air banjir sedalam paras betis pun surut. Thank god!! Kalo tak maunye bersinsing kain meredah air. Abisla betis i yang putih melepak ni orang nampak. (Hahaha..gile poyo!)
Mesti korang pelik, nape aku tak susah hati masa banjir tu?? Sebab...........................aku takde kereta pun. Ape nak risau...Hahahahahaha!!!

Jan 8, 2009

Jumpa buah hati baru..


Kadang2 aku bosan membaca blog aku sendiri. Aku tau gaya bahasa aku kadang2 mcm pempuan baik dan kadang2 mcm hampes je. Sebab aku ni jenis yang ape yang terlintas, itu yang aku akan cakap/tulis. Aku ni mudah lupa..(atau memang sengaja buat2 lupa..hehe!)
Bila belek2 isi kandungan blog aku ni, balik2 cite pasal keje. Bosan kan? Aku cuba nak create something new tapi tak leh..Otak aku tepu dengan masalah2 keje yang tak pernah selesai. Dan maybe sebab life aku skang hanya keje,keje,keje…Bak kata si Labu dalam Labu-Labi “Selagi belum tutup mata, keje,keje,keje…” Hmmmmmmmmmmmmhhh….(asik mengeluh aje aku).
Esok aku akan ke kl. Kali ni bukan atas urusan keje, tapi urusan lain…Huhu..gembiranya. Ape yang aku idam-idamkan akhirnya tercapai atas titik peluh aku sendiri. Nak tengok buah hati aku yang terbaru??
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V


p.s: saje buat imej kabur sebab gambar sebenar baru nak snap lusa…hehe!! Mine is in blue haze..

Jan 7, 2009

Selamat Tahun Baru

Selamat tahun baru kepada semua readers..Diam tak diam dah masuk hari ke 10 kita dalam tahun hijrah dan hari ke 7 dalam tahun masihi..Semoga tahun baru ini memberi seribu keberkatan dan amalan kita bertambah dari masa ke semasa.

Apa azam tahun baru aku? Hmmm..azam takkan pernah tercapai kalau kita tak berusaha ke arahnya. Tahun ni insyaallah aku nak tingkatkan lagi prestasi kerja aku dan membahagiakan orang-orang yang tersayang..huhu..Kalau nak diikutkan maunye berderet-deret list azam aku untuk tahun ni tapi org kata biarlah sikit2 dulu, kang yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran..Yang penting ape yang aku nak buat tahun ni adalah LEBIH dan LEBIH BAIK dari tahun sebelumnya.

Permulaan tahun baru ni, kerja yang menanti pun berlambak2..Nak mengejar dateline penutupan AKB, siapkan SKT, rearrange schedule untuk kursus, pemantauan, meeting etc.. Takpelah, ini satu cabaran, aku pun baru je keje, memang tak terkejar nak buat semua dengan perfect. Harap2nya semua berjalan dengan lancar. Bos tengah takde ni takdela tertekan sangat, kite pun leh buat keje dengan aman..(sambil2 tu leh mula balik update blog. Hehe..:))

Teringat pulak zaman2 dulu masa kerja di HQ (tak kiralah HQ mana pun..) Keje di HQ mudah, sebab ramai bos di atas kita. Kita tak buat kerja pun, ramai yang bole backup, takpun tolong. Maaf kalau pandangan aku ni salah, tapi sepanjang pengalaman yang aku kutip dulu, begitulah nampaknya. Everybody take it for granted, semuanya nak buat kerja yang mudah, tapi gaji nak naik, cuti nak banyak. Lain pula situasi kerja di negeri or jabatan2 kecil, keje tak surut2, lepas satu, satu kerja menanti. Itu belum kira kalau buat OT, kerja luar dsb.. Beban bertambah, sume ko kena buat dan ambil tahu. Rasanya lebih berbaloi penat lelah kerja di peringkat negeri or jabatan kecil berbanding kerja di HQ. banyak pengalaman dan pengetahuan yang dapat aku kutip. Tak salah kiranya kalau aku cakap, tiada istilah “makan gaji buta”. Maybe….hehehehe..

Bebel banyak2 pun tak guna, nanti takde org yang nak baca. Kang salah cakap ramai pulak yg terasa hati walaupun kita tak mention secara detail pun..Lantak korang lah nak kerja apa pun, yang penting ikhlas dan berintegriti. Kalo berusaha lebih, dapatlah hasilnya. Takkan selama2 nak berada ditakuk yang lama. Teringat kata2 seorang penjawat awam (pangkat tinggi) yang aku kenali.. “Ala..buat ape keje penat2 tapi gaji still tahap tu aje..” Terkedu aku dengar. Seolah2 tidak pernah syukur dengan apa yang dia perolehi dan maybe dia tak ikhlas buat kerja lebih dari yang sepatutnya seblom nie. Hmmm…apa pendapat korang?? Lu pikirlah sendiri ek..:)

SELAMAT TAHUN BARU SEMUA!! Nanti aku post crite lagi.. Crite tahun 2008 banyak yg aku dah lupa. Kita buka crita baru ek..Daa!!