Jul 28, 2011

Salam Ramadhan..

Alamak, entry bulan Julai masuk yang ni cuma 3 je..jadikla ye daripada takde.

Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat menyambut ramadhan al-Mubarak kepada semua muslimin dan muslimat yang membaca blog ni..Semoga puasa kita kali ini dipermudahkan olehNya dan kita akan terhindar daripada sebarang godaan yang boleh membatalkan puasa.

Update diri i yang terkini:
1) Masih sakit je..batuk pun tak baik2 lagi ni, haritu hampir pengsan sebab sakit perut..alahai
2) My baby Adib dah tumbuh sebatang gigi, Yesss!! Sepatutnya dua tapi lagi sebatang tu macam segan2 nak kuar..
3) Almost all my family dijangkiti penyakit batuk2..musim doyan kowt..Adib pun terkena tempiasnya.
4) Baju raya i, suami dan anak dah siap!! Misi mencari barangan sampingan untuk raya telah bermula..nak beli apa yek? Duit laju btol kuar macam air..nak buat side income gak la.

Ok da, babai!! Entry simple tanpa gambar..

Jul 6, 2011

Meet Adib best buddy - Mr. Miaw



Hai, nama saya Mr. Miaw.. saya seekor kucing warna pink macam warna dragon fruit.. saya kawan baik budak comel di seblah saya ni.. Saya dibeli oleh mama Adib di airport Langkawi.. Saya nak ucap thank you kat mama Adib sebab pilih saya berbanding rakan-rakan saya yang lain macam Mr. Frog (ijau tua - tak cantik), Mr. Lion (berbulu sangat), Mr Bear (tak comey), Mr. Oink2 (isy..haram...haha!) dan lain-lain (saya pun tak ingat kawan2 saya tu..hehe)





Tengok ni.. budak comel ni selalu gomol saya waktu tido.. Saya dipeluk erat2, sampai leher saya pun nak di'kiss'nya.. Saya seekor Miaw yang setia menemani budak comel ni.. tapi biasanya waktu tido je, waktu lain biasanya saya dilempar, dihempap sesuka hati..waaa!! dan yang lebih malang lagi, telinga dan ekor saya hampir kering dihisap oleh budak comel ni... Saya redho!!

Saya akan berbakti kepada budak comel ni sampai bila2..unless kalau mama Adib buang saya, saya redho jugak...huhu..




Haha, ntah ape2 la entry ni..cam comel je kalau toys semua bole bercakap kan? Teringat zaman skola dulu buat karangan aku sebatang pen la, aku seekor semut la...kita imagine diri kita sebagai benda alah tu.. Masa kat langkawi haritu tak tau nak beli apa untuk budak comel ni, bosan2 jalan kat airport sambarla seekor kucing ni..material dia tak berbulu so aku rasa agak selamat la untuk Adib memandangkan dia ni suka sangat masukkan benda dalam mulut.

Untuk Adib tersayang, this is your first plush toy! Mama harap Adib suka dan lepas ni kita main mainan yang lebih educational yek..takpun mama rembatla alat permainan kat ofis ni..pembekal2 ni semua degil, orang suh ambil sampel barang pun susah..diorang tak mau ambil, nanti mama bawak balik bagi Adib main..lagi berfaedah!

Ok, babai!

Pemalas betol..

Ye, akulah insan yang malas tu..malas nak update blog. Bukannye ape, sejak dua-menjak ni kesihatan tak brape baik..sakit batu hempedu la, pastu demam la, batuk lagi..huhu..sampai sekarang tak baik2..actuially aku nak sangat post crite pasal aku gi langkawi tapi hubby tak bagi pun gambar, cemmana nak update.. Korang pun tau aku kalau nak update mesti nak buh gambar bagai..baru berseri, ye tak??

Kerja pun menimbun skarang ni, pegawai lain rilek je takde keje, asik muka aku je menempel kat ofis..kengkadang rasa tak adil je..diorang sedap-sedap gi kursus la, bercuti la, kerja luar la (ye la sangat..) kerja aku ni kalau aku cuti takde sorang pun yang volunteer nak cover. Menguji kesabaran betul la..

Eh, jadi entry meluah perasaan lak..sabar...sabar... Moga Allah s.w.t beri ketenangan dan permudahkan segala urusan.

Babai!

Jun 22, 2011

Tadaa...! Steam Seabass




Yummy! Dah lama tak buat ikan siakap masak stim ni. Kalau buat versi aku memang main campak je la. Ye, hubby slalu komplen, dah lama tak tengok aku masak, mana nak tengok, dah namanya tak duduk serumah. Jumpa pun 2x sebulan je. Biasa pun mak yang masak sebab mom's dishes is always the best!

Meh la nak share resepi Siakap Stim versi aku:

1 ekor ikan siakap (saiz kecik)
1 cawan air
1 biji asam boi jeruk dalam botol
1/4 kiub ikan bilis
1/2 sudu kecil gula
2 biji cili thai
1 biji bawang putih
1/2 sudu kecil serbuk halia
2 biji limau kasturi
Daun limau purut
Daun bawang
Daun sup

Okeh, semua bahan tu campak je atas ikan dan kukus selama 20 minit. Agak2 rasa kureng tu, ubahsuai la ikut tekak masing2..setiap orang citarasa berbeza kan? Jangan lak komplen ''si dioramour ni konon la masak sedap, aku ikut resepi dia tak sedap pon..'' Memang nak makan slipar la tu.. So pepandai la ikut tembolok masing2..

Alahai, bosannye bila sorang2 camni.. Baby, tunggu mama ek Jumaat ni..nanti kita naik ketebang sesame ye..

Jemput makan semua!

Wordless Wednesday v.2


Smoga tidak berulang lagi..

Jun 17, 2011

Romantika De Amorr..

Salam hari Jumaat..sebagai mengelakkan poket menjadi tipis dan mengelakkan nafsu bershopping bermaharajalela, aku duduk terperap saje kat ofis..it's boringgggg!! Marilah kita sama-sama menghayati lagu romantis sepanjang zaman..hehe! Takdela romantis mana pun, tapi kalau nak tangkap syahdu ke, agak-agak takleh tido, boleh je kalau korang dengar lagu-lagu macam ni..Aku share some videos dan lagu-lagu yang aku suka disini. Hope korang enjoy!!



Ini lagu Marcell..aku tak minat sangat dia tapi aku suka dengar kelunakkan suara dia..dia beragama kristian tapi kawin dengan pelakon dari singapore (ntah sape nama, lupa) yang beragama islam..cenggane tu?? Ayoo, semua lagu marcell bole tangkap lentok la..tak caye gi je Youtube, taip Marcell..huhu!



Next is Afgan...ini lagi satu lagu stok2 syahdu..aku just minat je suara2 artis seberang ni tapi i'm not kipas-susah-mati diorang ek..layan je la, best! Dah la muka kiut, macam budak skema je..hehe!




Yeah..lagu ni bukan stok2 romantis, tapi stok2 sedih..sesuai jugak kalau nak dibawak tido..aku start suka lagu ni masa Ct Nurhaliza nyanyi masa konsert Sudirman dulu..walaupun sedih tapi romantis jugak liriknya..Sob!Sob! Tetiba sedih lak...



The latest..Tanpamu tajuk dia..artis tu idok le ku kenal, just suka keromantisan (wujud ke perkataan ni? belasah!) lagu ni.. Nak-nak lagi kalau sambil tengok movie Nur Kasih tu..huhu..(bile la DVD nyer nak kuar ni...)

Adui, banyak sebenarnya lagu yang aku suka, just share sikitla..Kalau korang ade lagu-lagu romantis yang nak disharekan, just comment ye..Aku ni takdela jiwang pun, just nak cari stok2 lagu untuk dibawak tido..hehe!

Semoga Jumaat kita diberkati..Assalamualaikum..

Jun 15, 2011

Wordless wednesday



Me & You = Our son

May Allah blessed our family..