Jan 27, 2011

My son


Diam tak diam anak aku dah berumur 2 bulan 7 hari..dah besar dah anak mama. Semoga Adib menjadi anak yang soleh, beriman dan cerdik kelak..Amin..

Adib selepas beberapa jam dilahirkan..comel! Lahir-lahir saja mencerlung mata dia melihat dunia..




Adib berusia 2 hari..Abahnya tak sabar-sabar nak photoshoot anak sulung dia ni..




Adib berusia seminggu. Pandangan matanya buat aku jatuh kasih..






Kami bergambar bersama saat adib dibotakkan kepalanya pada 1 Muharram 1431H..


Adib saat usianya 1 bulan..Mukanya tahan geram abahnya photoshoot dirinya berbogel..Hihi!

The latest Adib..2 months old..tengok, pantang gambar diambil terus senyum..Cute!

Oct 24, 2010

Lamanya...!!

Dah lama sungguh aku tak update blog..rasa macam takde mood sangat2..just suka blog hopping je baca2 perkembangan terkini famous blogger dan blog kawan-kawan..lagipun tengah tunggu masa je nak meletup ni..rasa berdebar-debar menanti kelahiran si sulung...:)

Hubby pun makin rancak dengan bisnes fotografi dia..huhu..nak larang sangat dah memang minat dia so redhakan je la..lagipun untuk masa depan kami juga..just to share his quotation list pada sesiapa yang ingin dan sedang tercari-cari photographer untuk majlis bersejarah korang..after dah tengok, drop by to his
blog ok for other infos and photos..

Apr 1, 2010

APril fool!!


Salam...hehe, takde maknanya nak 'april fool'kan orang...bukan budaya kita. Bosan seh arini..betul-betul tak tahu nak buat apa.


Sedar tak sedar, entry bulan Mac cuma dua je..Nampak sangat kemalasannya..Sejak jadi mak buyung ni, makin menjadi-jadi malas. Malas nak masak, malas nak gosok baju gi kerja, malas nak basuh baju, malas nak makan..semuanya malas. Sindrom malas ni biasa ke terjadi kat perempuan yang pregnant?


Tapi aku bukan malas sesaja, tekak ni rasa tak sedap je..asyik rasa mual, nak muntah semua, padahal kandungan baru 2 bulan..Letih toksah cakap la, memanjang letih..pagi bila nak drive rasa macam melayang-layang..huhu..


Bila fikir-fikir balik, tak sangka ya aku pregnant..yela, jumpa suami pun sekali sekala, tup-tup melekat juga akhirnya..rezeki tuhan..aku bersyukur atas nikmatmu ini ya Allah..


Oklah, later peeps..

pic ni, gambo anak aku masa umo 7 minggu..serius, aku nampak itam je..hehe..harap dia akan membesar dengan sihat dan sempurna...aminnn..

Mar 29, 2010

Welcome..:)

Stress, sering rasa penat, kerap kencing...it's a hormone thingy..


/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/


rupa-rupanya;
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/




























apa maknanya tu?? hehe....
faham-faham sendirila..
it's almost 7 weeks dah..doakan diriku dapat menjaga diri sendiri dengan baik. Yela, suami jauh, kenala berdikari...huhuhu..

anyway, welcome my dear in a few months yang akan datang..:)

Mar 1, 2010

eP buat aku mengantok+letih!!

Sebenarnya i really want to post about Kursus BTN aritu tapi macam takde mood lak..nanti nak upload gambar satu hal la pulak. Nanti-nantila pasal kursus tu ye..

Harini aku sangat hebat menjadi kaunter khidmat pertanyaan..Gara-gara menyahut seruan kerajaan agar mengoptimakan penggunaan e-Perolehan sebanyak 70%, aku dan team perolehan secara rakusnya mengiklankan hampir 10 sebutharga di website e-Perolehan. Nah, hambik ko!! Ada banyak pros & cons la kalau kita nak totally laksanakan sebutharga secara e-Perolehan. Malas aku nak citer, tapi sape2 yang biasa buat benda alah nie tau la kan?

Ape yang nak aku ceritakan kat sini, sejak pagi tadi pukul 8.00 pagi, telefon bilik aku tak henti-henti berdering..bukan bilik aku aje, kejap-kejap call berdering kat workstation bilik PA, kejap2 kat unit Kewangan..adohaii..semuanya nak bercakap dengan aku.. "Hello, bole saya bercakap dengan Puan Nurzila...saya bla,bla,bla...saya nak tanya pasal eP aritu untuk sebutharga bla, bla, bla...".. Hey, diorang ni semua memang betul la menguji tahap kesabaran aku.. Pada hal, taklimat dah diberikan sehari suntuk tapi atlast tak faham2 gak..Sabo,sabo...

Sekarang dah jam 4.30 ptg, lega sket telinga ni mendengar deringan telefon..dari pagi tadi weh, nak dekat 30 panggilan aku terima..paling banyak setakat ni la..seblum2 ni ada gak yang telefon tapi harini memang bengang gila la..sebabnya esok sebutharga dah nak tutup, so masing2 baru la terkial-kial nak isi form online bagai..

Tapi bagus gak jabatan aku ni kuatkuasakan penggunaan e-Perolehan..padan muka dengan kaki-kaki ampu, kaki bodek, barua-barua tak bertauliah, pegawai-pegawai gila kuasa yang tamak...atleast kegiatan haram diorang dah berjaya aku sekat sedikit demi sedikit..nak deal dengan kerajaan elok-elok la sket..kita ada prosedur, ko ikut je la..tak payah nak guna pintu belakang bagai..kita ada pintu depan, masuk, bagi salam, kita layan la elok2..(eh, korang faham ke, aku menyindir ni..bukan cakap pasal etika masuk pejabat or rumah ye..)

Lepas buat post ni, ilang ngantuk aku..haha! Puas ati dapat luahkan ape yang terbuku walaupun sedikit...

Feb 8, 2010

Dating @ Genting

Last weekend aku, hubby and family went to Genting Highland..Lama gila tak pergi..Rasanya hampir 12tahun (masa tu Corkscrew baru launching..aku naik dengan makcik aku berdua je..)..Banyak perbezaan dulu dan sekarang..Dulu kitorang pergi kejap je balik hari, last week kitorang bermalam kat First World Hotel..1 malam cukupla, watpe lama-lama.. Dah tua-tua ni takdela teruja sangat nak main semua permainan yang ada dalam tu..yelah, kita pergi dengan mak, for sure bawak mak ke hulu hilir, takkan nak biar dia duk sensorang tunggu anak menantu main kan..Antara tempat yang kitorang sempat pergi, 1st day after check-in, kitorang masuk Ripleys Believe It or Not..Takdela best sangat kot sebab under renovation.Takde orang masuk lak tu, family kitorang je masuk..maybe sebab semua pengunjung tak perasan tempat tu masih boleh dikunjungi walaupun under renovation.
Mak excited nak pegang dua-dua ekor burung tu..si Nuri tu ganaz giler.. (gambar masa dalam Theme Park)

1st day just sempat pusing-pusing dalam kawasan hotel dengan shopping mall je..Takde rasa nak membeli sangat pun, singgah pun kedai Choco World sebab mata dah tak tahan nak membeli coklat Fidani yang super duper sedap...(Mak aku yang bayar..anak menantu senyum je..hehe!). Round-round lagi, jenguk sana sini tengok gelagat pengunjung kat Genting ni..

After maghrib, we all turun semula ke lobby..Ingat nak makan kat cafe lobby je tapi tengok choice of food tak menarik, jalan-jalan carik makan kat Market Food Stall..bolelah..Pekena nasi (perut melayu, mesti nak makan nasi..) dengan teh tarik waktu sejuk-sejuk ni, best aje.. Next jalan-jalan lagi, plan nak masuk Snow World..Mula-mula mak dengan abang tak mau masuk, last-last masuk jugak..Mak pun over-excited main snow..Kitorang anak beranak main snow war lagi..best gile..Sejuk tu tahap biasa je, tapi hidung dah perit-perit tahan kebas, pening gak kepala otak menghirup udara sejuk..Syukur betul dilahirkan kat Malaysia yang beriklim khatulistiwa..Takde 4 musim pun takpe weh...tak rela betul nak duduk dalam musim Winter..huhu..
Feeling duk kat Switzerland main salji.. (gambar dalam Snow World)

Esoknya, konon abang kata sesudah subuh get ready, nak masuk theme park..alih-alih kul 8 pagi masih berselubung dengan selimut..Aku dengan hubby punyela gigih bangun siap-siap nak pegi theme park, last-last pukul 9 pagi barula semua get ready turun bawah..

Orang punyela ramai berpusu-pusu masuk kat dalam theme park walaupun kabus masih lagi tebal menggila..Sejuk mengalahkan masuk Snow World semalam..Tapi nak tunggu lagi pun buat ape, pukul 12.00tgh nak check-out dah, so kitorang masuk gak..Tak banyak tempat yang kitorang main, paling mencabar pun main Spinner je..tempat-tempat lain punyela orang beratur panjang..tak kuasa den nak menunggu..Last ride kitorang main bot kayuh je..next time la pegi, pastu main semua permainan yang mencabar..Sebab kesian kat mak, takkan la asyik nak menunggu kitorang je..

Walau ape-apepun thanks for all my family...Thanks for abang for paying the 2day 1 night stay at 1st World Hotel, thanks to adik coz menyediakan kereta ke sana, thanks to my mom for paying all meals (except KFC-thats my treat!), thanks to my beloved hubby for being our photographer and for myself, thanks sebab dapat jugak aku bercuti..hehe! Sorry bos, aku terpaksa bohong, kalau tak, mana bisa ku boleh bercuti sebegini...:p

Feb 2, 2010

Minggu yang .......

Malam ni tak boleh nak tido..Aku pun tak pasti apa yang aku fikirkan..Maybe sebab stress, ditambah pula dengan bermacam-macam dugaan yang berlaku..Maybe ada hikmah disebaliknya ataupun dugaan yang berlaku akan ada jalan penyelesaiannya..

Lepas insiden skirting kereta patah, aku diuji lagi..Cermin kereta retak, taktaula macamana boleh kena, serpihan batu dari mana ntah kena baek punya kat cermin depan..tengah-tengah pulak tu..tension abis..Dahla aku jenis travelling, buatnye lama-lama sok berderai tengah jalan, buat naya je. Tengah memikir mana nak cari duit..Bulan ni agak kering..hutang card pun bayar half je dulu..tolak itu ini tinggal brapa ratus je dalam bank..Alahai..

Banyak nak cerita tapi meluahkan didalam blog bukan cara yang terbaik..Biarlah dipendam saja duka,luka dan amarah ini..Alang-alang stress sebab nak siapkan presentation RMK-10 before 2.00 p.m esok, kita tambahkan lagi stress dengan perkara-perkara lain..Baru sekejap tadi aku campak enpon ke dinding..Malas nak tengok, enset sabun ni baling kuat mana pun dia terburai je kot, takkan rosak..paling busuk pun speaker dia rosak je..elok la tu..malas aku nak melayan panggilan telefon dari ofis,etc..Takde enpon dengan ada enpon pun sama je..

Astaghfirullahalazim3x...Tabahkanlah hatiku..Cekalkanlah hatiku dalam menempuh dugaan yang mendatang ini Ya Allah..Jauhilah aku daripada perkara-perkara buruk dan yang Kau murkai...