Aug 16, 2011

Siap akhirnya


Akhirnya, inilah kad raya yang ditunggu-tunggu..sangat eksklusif..mana ada kad raya di dunia ni buh gamba bebanyak camni?? Haha!!

Walau apepun, TERBAIK WOKKKKK!!


Aug 10, 2011

The making of....Kad raya jabatan

Aish..harini bosan tahap melampau la pulak..sejak bulan puasa ni bersemangat betul buat kerja, terus siapkan laju-laju..thats why bila keje dah habis taktau nak buat apa..nak melayan facebook pun asyik orang yang sama update, pastu bende remeh temeh pun nak post. Kalau boleh apa yang terlintas dalam kepala otak semua dia nak tulis..Ntahapehapentah..@&$#%^+22$%^)1

Oh, nak cerita pasal the making of kad raya jabatan..wah-wah, 1st time jabatan aku terniat nak buat kad raya..selama ni melangut je tengok kad raya jabatan orang lain, tak pun staf-staf daerah punya kad..Bulan puasa semangat seh! Kami pun berjanji-janjila nak pakai baju ape, warna apa bagai..meriahla jugak tapi malangnya tak ambil gambar ramai2 lak..cemmana la tak teringat..

Jabatan aku ada 4 unit besar, 3 unit kecik..Unit yang kecik2 ni kesian, tak dapat nak bagi komitmen sangat..2 daripada unit kecik tu aku yang handle, unit aset dan unit pembangunan, so tak kesahlaaa..Meh sini aku tayang sket "adik-beradik" dalam Jabatan aku..



Unit Pengurusan - Kepala dia si Zamri..yang lain2 anak buahla..nasib korangla dapat bos muda2 macam kitorang ni yek..hehe!



Unit Kewangan - Kepalanya tak lain tak bukan, TuanPunya Blog nie..satu je teruna ada..ni la penyelamat unit sebab dia yang paling lama dok dalam unit ni sampai KepalaDiaDahBengongAsyikNakMintakTukar je...tapi unit kitorang memang best! (walaupun pakaian masa ni orang cakap macam nak berkabung..huhu)



Unit Operasi 1 - Ketuanya takde jadi anak-anak buah boleh bersuka-ria berposing yek..


Unit Operasi 2 - Kepalanya si Zamri lagi..almaklumla kat Jabatan aku ni sorang pegawai pegang 2-3 jawatan..tu yang aku selalu komplen aku banyak keje tu (si Zamri ni tak banyak kejenye, asyikla ngacau aku buat keje, malas nak layan..) Dan unit ni la paling havoc sekali..kira penceria suasana la.

Ekceli ramai gak yang tak ada masa ni..ada yang mc, ada yang taknak amik port dan ade yang saje tak nak amik gambar..ngade2 kan?Bos aku takde gamba ke? Takyah la expose, kang tak leh tido malam lak bos aku tu..haha!

Nanti gamba kad yang dah siap aku tunjuk ye..Selamat Berpuasa!!



Aug 8, 2011

Lelong-lelong..

Saya ingin menjual majalah-majalah berikut untuk mengurangkan kesesakan wardrobe/laci/almari/rak saya..berminat bole emel saya ye. Semua majalah adalah dari tahun 2010. Masih baru dan bau kedai..Thanks!


Jelita - RM3.00/each. 1 set (Jan-Dec) - RM35.00



Flavours - RM4.00/each. 1 set (Jan-Dec) - RM20.00




Newman - RM3.00/each. 1 set (Jan-Dec) - RM35.00

Sila tambah RM20.00 untuk penghantaran melalui pos (bagi Majalah Jelita dan Newman sahaja) dan RM10.00 bagi Majalah Flavours.
Beli secara set lebih menjimatkan..kalau nak satu issue sahaja, sila tambah RM7.00 untuk penghantaran melalui pos.
Kalau nak ambil by hand, sila hubungi saya untuk lebih lanjut.

TQ & Babai!!

Aug 5, 2011

Wajah kesayangan hamba

Alahai anak..comelnya engkau..sape lagi nak puji anak sendiri kan? Biasela, mak-mak ni anak die la yang paling comel..anak aku ni aku rasa lebih iras ikut genetik suami kot..yang dapat genetik aku cuma mata dan warna kulit aje..alhamdulillah..

Here some pics of my luvly boyfren:







Dah masuk 4 hari berpuasa..nak berbuka juadah apa ye hari ni?

Ok, babai!


Jul 28, 2011

Salam Ramadhan..

Alamak, entry bulan Julai masuk yang ni cuma 3 je..jadikla ye daripada takde.

Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat menyambut ramadhan al-Mubarak kepada semua muslimin dan muslimat yang membaca blog ni..Semoga puasa kita kali ini dipermudahkan olehNya dan kita akan terhindar daripada sebarang godaan yang boleh membatalkan puasa.

Update diri i yang terkini:
1) Masih sakit je..batuk pun tak baik2 lagi ni, haritu hampir pengsan sebab sakit perut..alahai
2) My baby Adib dah tumbuh sebatang gigi, Yesss!! Sepatutnya dua tapi lagi sebatang tu macam segan2 nak kuar..
3) Almost all my family dijangkiti penyakit batuk2..musim doyan kowt..Adib pun terkena tempiasnya.
4) Baju raya i, suami dan anak dah siap!! Misi mencari barangan sampingan untuk raya telah bermula..nak beli apa yek? Duit laju btol kuar macam air..nak buat side income gak la.

Ok da, babai!! Entry simple tanpa gambar..

Jul 6, 2011

Meet Adib best buddy - Mr. Miaw



Hai, nama saya Mr. Miaw.. saya seekor kucing warna pink macam warna dragon fruit.. saya kawan baik budak comel di seblah saya ni.. Saya dibeli oleh mama Adib di airport Langkawi.. Saya nak ucap thank you kat mama Adib sebab pilih saya berbanding rakan-rakan saya yang lain macam Mr. Frog (ijau tua - tak cantik), Mr. Lion (berbulu sangat), Mr Bear (tak comey), Mr. Oink2 (isy..haram...haha!) dan lain-lain (saya pun tak ingat kawan2 saya tu..hehe)





Tengok ni.. budak comel ni selalu gomol saya waktu tido.. Saya dipeluk erat2, sampai leher saya pun nak di'kiss'nya.. Saya seekor Miaw yang setia menemani budak comel ni.. tapi biasanya waktu tido je, waktu lain biasanya saya dilempar, dihempap sesuka hati..waaa!! dan yang lebih malang lagi, telinga dan ekor saya hampir kering dihisap oleh budak comel ni... Saya redho!!

Saya akan berbakti kepada budak comel ni sampai bila2..unless kalau mama Adib buang saya, saya redho jugak...huhu..




Haha, ntah ape2 la entry ni..cam comel je kalau toys semua bole bercakap kan? Teringat zaman skola dulu buat karangan aku sebatang pen la, aku seekor semut la...kita imagine diri kita sebagai benda alah tu.. Masa kat langkawi haritu tak tau nak beli apa untuk budak comel ni, bosan2 jalan kat airport sambarla seekor kucing ni..material dia tak berbulu so aku rasa agak selamat la untuk Adib memandangkan dia ni suka sangat masukkan benda dalam mulut.

Untuk Adib tersayang, this is your first plush toy! Mama harap Adib suka dan lepas ni kita main mainan yang lebih educational yek..takpun mama rembatla alat permainan kat ofis ni..pembekal2 ni semua degil, orang suh ambil sampel barang pun susah..diorang tak mau ambil, nanti mama bawak balik bagi Adib main..lagi berfaedah!

Ok, babai!

Pemalas betol..

Ye, akulah insan yang malas tu..malas nak update blog. Bukannye ape, sejak dua-menjak ni kesihatan tak brape baik..sakit batu hempedu la, pastu demam la, batuk lagi..huhu..sampai sekarang tak baik2..actuially aku nak sangat post crite pasal aku gi langkawi tapi hubby tak bagi pun gambar, cemmana nak update.. Korang pun tau aku kalau nak update mesti nak buh gambar bagai..baru berseri, ye tak??

Kerja pun menimbun skarang ni, pegawai lain rilek je takde keje, asik muka aku je menempel kat ofis..kengkadang rasa tak adil je..diorang sedap-sedap gi kursus la, bercuti la, kerja luar la (ye la sangat..) kerja aku ni kalau aku cuti takde sorang pun yang volunteer nak cover. Menguji kesabaran betul la..

Eh, jadi entry meluah perasaan lak..sabar...sabar... Moga Allah s.w.t beri ketenangan dan permudahkan segala urusan.

Babai!