Feb 17, 2011

My boyfriend is 3 months old!


Seronok rasanya bila ada anak..anak membesar di depan mata (yeah,walaupun takdela di depan mata 24/7) tapi aku bersyukur dapat menjaga anakku sendiri dengan bantuan emak..thanks emak!

Today, genap umurnya 3 bulan..makin comel dan handsome boyfriend aku yang sorang ni...ye la, boyfriend utama jauh dimata, yang dekat ni la jadi penawar rindu..Sepanjang 3 bulan ni tak banyak lagi perkembangan yang boleh dilihat..Aku cuma berharap dia membesar dengan sihat, sempurna dan soleh kelak..


Dua orang kesayangan saya..:)


Perkembangan Adib sekarang:

1. Dah pandai respons bila dipanggil nama..tertoleh-toleh cari siapa yang panggil nama dia..

2. Suka camwhore..kalau ambil gambar dia, dia ready je..susah betul nak ambil gambar candid..ntah ikut perangai siapa pun aku tak tau..huhu (mama dia tak suke bergambar..)

3. Hobinya sekarang suka makan tangan..really! Pantang lepa sikit mulalah dikulum tangan tu..nasib baik masuk 3jari je,kalo masuk ke5-5 jari, haru jadinya..gusinya tengah gatal tu. Aku dah tak pakaikan dia mittens sebab abis dihisapnya mittens tu, pastu lap pulak kat pipi dia yang gatal dek ruam susu..ish,ish..

4. Beratnya dah meningkat ke 6kg..alhamdulillah..

5. Suka tengok tv..especially rancangan masak-masak channel AFC atau Food Channel..haha! Jangan hobi bila dah besar nanti suka makan pulak..Walaupun sebenarnya baby tak elok didedahkan dengan tv, tapi nak wat camne, itu je la hiburan kat rumah aku.

6. Manja dengan atuk..dengan aku manja time nak nenen je..

Nanti kita tengok perkembangan Adib di usia 4 bulan pulak..daaa!!

Feb 10, 2011

Adehhh..

Tulun..tulun..arini sakit sangat perut..buang air besar dah brape kali..muntah pun sama..tanda-tanda keracunan makanan ke..? keje tengah banyak sekarang tapi dah takde mood nak buat..
Please god..kurangkanlah kesakitan ini..

Jan 27, 2011

My son


Diam tak diam anak aku dah berumur 2 bulan 7 hari..dah besar dah anak mama. Semoga Adib menjadi anak yang soleh, beriman dan cerdik kelak..Amin..

Adib selepas beberapa jam dilahirkan..comel! Lahir-lahir saja mencerlung mata dia melihat dunia..




Adib berusia 2 hari..Abahnya tak sabar-sabar nak photoshoot anak sulung dia ni..




Adib berusia seminggu. Pandangan matanya buat aku jatuh kasih..






Kami bergambar bersama saat adib dibotakkan kepalanya pada 1 Muharram 1431H..


Adib saat usianya 1 bulan..Mukanya tahan geram abahnya photoshoot dirinya berbogel..Hihi!

The latest Adib..2 months old..tengok, pantang gambar diambil terus senyum..Cute!

Oct 24, 2010

Lamanya...!!

Dah lama sungguh aku tak update blog..rasa macam takde mood sangat2..just suka blog hopping je baca2 perkembangan terkini famous blogger dan blog kawan-kawan..lagipun tengah tunggu masa je nak meletup ni..rasa berdebar-debar menanti kelahiran si sulung...:)

Hubby pun makin rancak dengan bisnes fotografi dia..huhu..nak larang sangat dah memang minat dia so redhakan je la..lagipun untuk masa depan kami juga..just to share his quotation list pada sesiapa yang ingin dan sedang tercari-cari photographer untuk majlis bersejarah korang..after dah tengok, drop by to his
blog ok for other infos and photos..

Apr 1, 2010

APril fool!!


Salam...hehe, takde maknanya nak 'april fool'kan orang...bukan budaya kita. Bosan seh arini..betul-betul tak tahu nak buat apa.


Sedar tak sedar, entry bulan Mac cuma dua je..Nampak sangat kemalasannya..Sejak jadi mak buyung ni, makin menjadi-jadi malas. Malas nak masak, malas nak gosok baju gi kerja, malas nak basuh baju, malas nak makan..semuanya malas. Sindrom malas ni biasa ke terjadi kat perempuan yang pregnant?


Tapi aku bukan malas sesaja, tekak ni rasa tak sedap je..asyik rasa mual, nak muntah semua, padahal kandungan baru 2 bulan..Letih toksah cakap la, memanjang letih..pagi bila nak drive rasa macam melayang-layang..huhu..


Bila fikir-fikir balik, tak sangka ya aku pregnant..yela, jumpa suami pun sekali sekala, tup-tup melekat juga akhirnya..rezeki tuhan..aku bersyukur atas nikmatmu ini ya Allah..


Oklah, later peeps..

pic ni, gambo anak aku masa umo 7 minggu..serius, aku nampak itam je..hehe..harap dia akan membesar dengan sihat dan sempurna...aminnn..

Mar 29, 2010

Welcome..:)

Stress, sering rasa penat, kerap kencing...it's a hormone thingy..


/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/


rupa-rupanya;
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/




























apa maknanya tu?? hehe....
faham-faham sendirila..
it's almost 7 weeks dah..doakan diriku dapat menjaga diri sendiri dengan baik. Yela, suami jauh, kenala berdikari...huhuhu..

anyway, welcome my dear in a few months yang akan datang..:)

Mar 1, 2010

eP buat aku mengantok+letih!!

Sebenarnya i really want to post about Kursus BTN aritu tapi macam takde mood lak..nanti nak upload gambar satu hal la pulak. Nanti-nantila pasal kursus tu ye..

Harini aku sangat hebat menjadi kaunter khidmat pertanyaan..Gara-gara menyahut seruan kerajaan agar mengoptimakan penggunaan e-Perolehan sebanyak 70%, aku dan team perolehan secara rakusnya mengiklankan hampir 10 sebutharga di website e-Perolehan. Nah, hambik ko!! Ada banyak pros & cons la kalau kita nak totally laksanakan sebutharga secara e-Perolehan. Malas aku nak citer, tapi sape2 yang biasa buat benda alah nie tau la kan?

Ape yang nak aku ceritakan kat sini, sejak pagi tadi pukul 8.00 pagi, telefon bilik aku tak henti-henti berdering..bukan bilik aku aje, kejap-kejap call berdering kat workstation bilik PA, kejap2 kat unit Kewangan..adohaii..semuanya nak bercakap dengan aku.. "Hello, bole saya bercakap dengan Puan Nurzila...saya bla,bla,bla...saya nak tanya pasal eP aritu untuk sebutharga bla, bla, bla...".. Hey, diorang ni semua memang betul la menguji tahap kesabaran aku.. Pada hal, taklimat dah diberikan sehari suntuk tapi atlast tak faham2 gak..Sabo,sabo...

Sekarang dah jam 4.30 ptg, lega sket telinga ni mendengar deringan telefon..dari pagi tadi weh, nak dekat 30 panggilan aku terima..paling banyak setakat ni la..seblum2 ni ada gak yang telefon tapi harini memang bengang gila la..sebabnya esok sebutharga dah nak tutup, so masing2 baru la terkial-kial nak isi form online bagai..

Tapi bagus gak jabatan aku ni kuatkuasakan penggunaan e-Perolehan..padan muka dengan kaki-kaki ampu, kaki bodek, barua-barua tak bertauliah, pegawai-pegawai gila kuasa yang tamak...atleast kegiatan haram diorang dah berjaya aku sekat sedikit demi sedikit..nak deal dengan kerajaan elok-elok la sket..kita ada prosedur, ko ikut je la..tak payah nak guna pintu belakang bagai..kita ada pintu depan, masuk, bagi salam, kita layan la elok2..(eh, korang faham ke, aku menyindir ni..bukan cakap pasal etika masuk pejabat or rumah ye..)

Lepas buat post ni, ilang ngantuk aku..haha! Puas ati dapat luahkan ape yang terbuku walaupun sedikit...