Feb 21, 2011

I want this camera pleaseee..

Assalamualaikum semua..

Huhu, harini boring sungguh..Kat ofis sibuk buat preparation for Family Day weekend ni..Aku pelik betul ramai sangat kaki bercakap time meeting santai macam ni..Bila orang bagi penerangan,tak nak dengar betul-betul, pastu sibuk tanya itu ini..Macam-macam hal laa..

Hmm..disebabkan family day tu la, aku sibuk nak mencari kamera sebenarnya..Selama zaman serba canggih ni, aku dok gunakan kamera handphone je..Teringin juga nak rembat satu compact kamera. Dan yang menjadi idaman aku tentula brand Canon @ Nikon.

Aku start menggunakan kamera sediri (yeah, I mean milik sendiri bukan orang lain..) sejak aku darjah 6..Masa tu yang paling canggih tentula kamera Canon (model ape tak ingat dah). Kalau nak dikira, kamera milik aku sehingga kini ada 4 semuanya.

Darjah 6 – Tingkatan 2 : Kamera Canon (hilang sewaktu camping PBSM..ntah sape rembat ntah. Frust aku!!)

Tingkatan 3 – Matrikulasi : Kamera Canon gak..model ape tak ingat. Masih simpan sampai sekarang tapi tak boleh guna dah sebab tempat insert bateri dah rosak.

Universiti 2003 – Tahun 2006 : Kamera Canon lagi. Model Powershot A400. Masa ni semua orang start guna versi digital..Aku guna duit simpanan beli kamera ni. Kalo tak silap harganya RM699 masa tahun 2003 tu..(kira mahal pada zaman tuh.. 3.2mega pixel je). Masih ada sehingga kini tapi simpan jadi barang antic sebab tak syok nak guna, display lcd kecik nau..

gambar ihsan google

Tahun 2006 – kini : Kamera Vivitar..canggih kot pada masa tu sebab ianya versi videocam..compact je size dia..tapi sayangnya kualiti gambar tak cantik even 6.0 mega pixel tapi kalau video memang tiptop la..dulu beli pun sebab nakkan fungsi video tu..masih ada dalam simpanan tapi malas nak guna jugak sebab makan bateri cepat..kejap je bateri kong. Geram betol..

gambar ihsan google - similiar like this tapi model lain


Tu lah sebabnya aku nak beli kamera sekarang..Hubby aku guna DSLR, malas nak pinjam, kang rosak bising pulak dia..lagipun tak pandai guna DSLR..huhu..

Aku terminat lak model terbaru Nikon ni..banyak blogger review pasal kamera ni..Kalau bole nak cari yang betul-betul compact dan senang dibawa ke mana-mana..ni dia model yang aku minat:

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

1) Nikon Coolpix S1100 (14.1 megapixels, 3-inch touchscreen & 5x zoom NIKKOR glass lens - harga RM1000++

i want exactly like this - same colour also..hehe! Cantik kan purple?!


2) Panasonic Lumix LX3 - harga RM1600++ huhu!!

brand ni gedebak sket tapi kualiti gambar tiptop..harga? fuhh..berpeluh!!





Haha..minat yang mahal je kan?? Aku blum survei lagi yang murah..tapi yang menjadi idaman antara dua tu je..kamera nikon tu ada projektor, yang panasonic lak kualiti setanding dslr..siap bole tambah lens external lagi..kalau mr.hubby atau ada sape-sape nak bagi free best jugak..hihi..

p/s: impian tinggal impian..adakah akan menjadi kenyataan??

Feb 17, 2011

My boyfriend is 3 months old!


Seronok rasanya bila ada anak..anak membesar di depan mata (yeah,walaupun takdela di depan mata 24/7) tapi aku bersyukur dapat menjaga anakku sendiri dengan bantuan emak..thanks emak!

Today, genap umurnya 3 bulan..makin comel dan handsome boyfriend aku yang sorang ni...ye la, boyfriend utama jauh dimata, yang dekat ni la jadi penawar rindu..Sepanjang 3 bulan ni tak banyak lagi perkembangan yang boleh dilihat..Aku cuma berharap dia membesar dengan sihat, sempurna dan soleh kelak..


Dua orang kesayangan saya..:)


Perkembangan Adib sekarang:

1. Dah pandai respons bila dipanggil nama..tertoleh-toleh cari siapa yang panggil nama dia..

2. Suka camwhore..kalau ambil gambar dia, dia ready je..susah betul nak ambil gambar candid..ntah ikut perangai siapa pun aku tak tau..huhu (mama dia tak suke bergambar..)

3. Hobinya sekarang suka makan tangan..really! Pantang lepa sikit mulalah dikulum tangan tu..nasib baik masuk 3jari je,kalo masuk ke5-5 jari, haru jadinya..gusinya tengah gatal tu. Aku dah tak pakaikan dia mittens sebab abis dihisapnya mittens tu, pastu lap pulak kat pipi dia yang gatal dek ruam susu..ish,ish..

4. Beratnya dah meningkat ke 6kg..alhamdulillah..

5. Suka tengok tv..especially rancangan masak-masak channel AFC atau Food Channel..haha! Jangan hobi bila dah besar nanti suka makan pulak..Walaupun sebenarnya baby tak elok didedahkan dengan tv, tapi nak wat camne, itu je la hiburan kat rumah aku.

6. Manja dengan atuk..dengan aku manja time nak nenen je..

Nanti kita tengok perkembangan Adib di usia 4 bulan pulak..daaa!!

Feb 10, 2011

Adehhh..

Tulun..tulun..arini sakit sangat perut..buang air besar dah brape kali..muntah pun sama..tanda-tanda keracunan makanan ke..? keje tengah banyak sekarang tapi dah takde mood nak buat..
Please god..kurangkanlah kesakitan ini..