Nov 19, 2012

Home Sweet Home

 
Alhamdulillah, inilah rumah kami, yang bakal kami duduki sehingga hari tua.. Ya, aku mungkin tak mampu untuk beli barang berjenama, berkereta besar mahupun pergi melancong ke luar negara. Tapi pada umur yang masih muda ni (muda lah "sangat"!!), aku ingin memiliki aset yang bernilai selain daripada keluarga iaitu sebuah rumah.
 



Perancangan nak beli rumah ni memang priority aku, target aku jika aku dapat pekerjaan tetap. Dah memang aim kami, nak beli rumah seawal-awalnya tahun 2012 dan selewat-lewatnya tahun 2014, dan alhamdulillah tuhan telah makbulkan doa aku dan suami. Kita pun dah sedia maklum, harga hartanah makin lama makin meningkat, kalau tak ada perancangan awal, tak mampu aku nak beli rumah yang lebih tinggi harganya.

Syukur, pada awalnya hanya survey-survey, tengok-tengok je pada cuti Gong Xi Fa Chai yang lalu, berkenan pulak, terus booking/letak nama dengan kos RM1k, kemudian rasa tak nak pulak sebab kos hidup meningkat, then fikir-fikir balik semula, kira-kira bajet, terus setuju, buat pinjaman perumahan, bayar legal fee, tup-tup bulan September dah dapat kunci rumah. Sooooookkkaaa sangat!!

Pas dah ada rumah ni, kena berbelanja berhemah sangat-sangat..those pada yang tak tahu, ya, aku masih lagi duk berasingan dengan suami, kena tanggung kos sewa rumah lagi..kami tawakal je pada Allah s.w.t. Moga-moga kehidupan kami sekeluarga berjalan lancar walaupun kami tidak mewah. Kami berbelanja seadanya. Baju pun takde yang baru, beg tangan apetah lagi, kasut pun tunggu putus baru beli, makan pun seadanya..tapi kami syukur, rezeki kami tak putus.

Cuma satu je harapan aku sekarang ni..Bos, bagi saya pindah pleaseeeee...huhu!!

Ok, bai!